Followers

Friday, June 18, 2010

Kenapa lelaki suka membujang

Lelaki bujang? Pernah tak anda tertanya2 kenapa terdapat lelaki2 diluar sana masih membujang walaupun umurnya telah sepatutnya mereka mendirikan rumahtangga. Adakah lelaki2 ini tidak punya duit? Tak ada calon? Tidak bersedia? Mari kita selidiki mengapa ada lelaki suka membujang.


Fokus pada kerjaya
Bagi mereka kerjaya adalah terlalu penting. Mereka bebas bekerja lebih masa, bekerja hujung minggu tanpa ada gangguan sesiapa. Kebanyakkan mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga lupa kepada ikatan perkahwinan.

Dapat apa yang dimahukan pada bila-bila masa
Tanpa perkahwinan, lelaki bujang ini bebas pergi ke mana saja dan melakukan apa sahaja aktiviti tanpa komitmen dengan sesiapa. Paling menyeronokkan, duit yang dikumpul daripada hasil titik peluh sendiri dibelanjakan untuk diri sendiri sahaja.

Hubungan bebas
Ada segelintir lelaki bujang ini sering mengambil kesempatan untuk bertukar2 wanita dengan alasan tidak mahu ada komitmen. 

Tidak perlu berkompromi
Menjadi orang bujang membolehkan mereka membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk kepada orang lain. Mereka juga dapat mengelakkan diri daripada bergaduh sesama sendiri.

Perolehi ketenangan
Fikiran mereka tidak akan berserabut memikirkan mood perempuan yang tidak menentu dan melayan setiap kehendak dan permintaan perempuan. Bila hidup bujang, mereka tidak perlu bergaduh dengan sesiapa dan sudah pasti mereka akan hidup tenang dan aman.

Punya banyak masa pilih wanita yang terbaik
Lelaki yang membujang terlalu lama sangat beruntung kerana mereka mempunyai banyak pilihan dalam hidup. Mereka boleh berkawan dengan seberapa banyak wanita yang mereka sukai dan membina keserasian di antara mereka. Mereka menjadi penyelamat dengan mengurangkan kadar perceraian yang semakin meningkat.

Mengumpul kekayaan
Kebanyakkan lelaki bujang adalah mereka yang berharta kerana duit gaji mereka dibelanjakan untuk keguanaan sendiri sahaja. 

1 comment:

  1. kalo lelaki tak kawen..org tak mengata...
    tp kalo pompuan tg tak kawen...confirm jd buah mulut org...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails