Kali nie saya tak nak berbicara mengenai craft tapi kali ni nak berkongsi bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan. Seperti yang kita sedia maklum, perbelanjaan kita semakin hari semakin bertambah. Bagi yang telah berkeluarga, pertambahan ahli keluarga bermakna bertambah juga le perbelanjaan seharian dan juga bulanan. Olegh itu saya menggalakkan rakan2 sekalian mencube sedikit sebanyak langkah2 yang saya paparkan di sini. Walaupun tidak banyak dapat dijimatkan tapi sekurang-kurangnya kita berusaha daripada menjadi terus menjadi hamba duit.
Tip kewangan bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan nie, dalah petikan daripada buku " Tip-tip kewangan untuk rakyat Malaysia" oleh KCLAU terbitan True Wealth Sdn Bhd. Dalam buku tersebut, KCLAU mencadangkan supaya kita :
- Duduk di rumah sekerap mungkin
- Gunakan lampu jimat tenaga
- Kurangkan bercuti
- Batalkan langganan televisyen sekiranya kita memang yang jenis sibuk bekerja
- Seboleh mungkin jangan gunakan telefon tetapi sebaliknya gunakan email sbb free
- Bandingkan harga sebelum membuat pembelian
- Pergi ke kedai hanya seminggu sekali
- Jangan pergi ke restoran ketika lapar krn risiko mengambil banyak lauk dan membazir
- Beli barangan dapur dalam kuantiti yang banyak
- Jangan beli kereta/ jangan tukar kereta baru
- Berhenti pergi ke salon
- Minum air kosong sahaja apabila minum di luar. Boleh juga menjaga kesihatan
- Bertukar kepada jenama yang lebih murah
- Berhenti membeli belah
- Cari kupon diskaun
- Bawa bekal ke sekolah atau pejabat
- Jangan merokok
- Jangan minum arak
- Hadiri konsert jika ia adalah percuma cth konsert jom heboh
- Amalkan tabiat kesihatan yang baik
- Beli pakaian di penghujung musim
- Membeli belah di kedai diskaun
- Seboleh mungkin beli barangan terpakai
- Menaiki kenderaan awam
- Buat aksesori rumah sendiri
- Minta diskauan sebelum membayar
- Batalkan keahlian Gim
- Potong semua kad kreadit kecuali satu kad yang mempunyai had yang terendah
- Elakkan yuran-yuran bank yang tidak perlu
- Menulis blog kerana ia menghentikan semua jenis hiburan dalam hidup kita.
betul tu..sejak berblog ni kan ..kurang dah nak g shopping mopping..seab kalu shopping selalunyer brg yang tak perlu jer yg kita beli kan?..
ReplyDeletesaya sokonggggggg....jom kita sama2 meriahkan dgn bloggging.
ReplyDelete