Followers

Saturday, July 31, 2010

Pola Baju Kurung Teluk Belanga

Salam,
Entry kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana nak lukis pola baju kurung. Bagi yang belajar dengan tok guru, anda mesti tahu apa itu pola baju. Bagi mereka yang baru nak berjinak2 nak menjahit, anda perlu mahir melukis pola baju dahulu sebelum mengunting baju. Pola baju penting kerana dapat menjimatkan masa mengunting dan mengelakkan kita melakukan kesalahan ketika mengunting kain. Sebelum nak lukis pola baju kita perlulah tahu mengambil ukuran di badan dahulu.





Bahagian Badan
1-2  : labuh baju
1-3  : 2-4 bahu bahagi 2+1/2"
3-6  : labuh lengan
3-5  : bahu bahagi 2+1/2"
6-7  : bukaan lengan bahagi 2
5-8  : 2" atau 2 1/2" (ikut suka)
8-9  : 8-10 = 3
4-11: 4" atau 4 1/2" (ikut suka)
1-13: leher bahagi 6 = 2 1/2
1-12: 1/4" bahagian belakang
1-14: 1/6 leher (3 1/2")
          (bentukkan 12-13-14)

Bahagian Kekek 
9-8  : 8-10 = 3''. Sambungkan

Tambahan untuk leher Baju Kurung
1-3  : 1 bahagi 6 ukuran leher
1-14: 3 1/2"
1-12: naikkan 1/2" dan temukan ke 21
         Bentukkan 12-13-14

Bahagian Pesak
5-4  : labuh baju tolak (pangkal lengan)
8-5  : 2" atau ikut suka (3')
4-11: 4" atau ikut suka
         Sambungkan


Tuesday, July 27, 2010

Tutorial: Mata Lalat Bermanik



Salam,
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana nak jahit mata lalat bermanik. 

Bahan-bahan:
Jarum
Benang mengikut warna baju/bunga
Manik/kristal

Langkah-langkah:

1. Jahitan mata lalat bermanik menggunakan 4 lembar benang. Terbalikkan baju dan pastikan bahagian belakang baju menghadap kita. Mulakan jahitan dengan mencucuk jarum di bawah pelabik leher.

2. Tarik jarum keluar dari kain dan cucuk kembali jarum di sebelah kiri. 

3. Lilitkan benang sebanyak 2kali di jarum.

4. Tangan kanan menahan benang di kain, manakala tangan kiri menarik jarum. Tarik sehingga kemas dan ketat.

5. Selepas itu, masukkan manik/kristal.

6. Tangan kiri menahan manik/kristal manakala tangan memasukkan jarum ke dalam kain dan bersebelahan dengan manik/kristal tadi.

7. Lilit sebanyak 2 kali pada jarum. Pastikan jarak setiap mata lalat adalah sama bagi menjaga kekemasan dan ketelitian.

p/s: Pada anda diluar sana, saya harap anda dapat mencuba tutorial yang diberikan. Setiap kemusykilan yang timbul anda boleh kemukakan kepada saya.



Sunday, July 18, 2010

Manik: Kerongsang Camelia


Sila2 jamu mata. Ini sebenarnya adalah koleksi lama saya. Saya jahit menggunakan teknik bunga camelia untuk dijadikan kerongsang bagi menggantikan butang pada baju kebaya. Pada lengan baju pulak saya menggunakan teknik asas iaitu teknik manik beriringan.

                                         


                                          

So, kawan2 semua bolehle ceduk idea saya ini untuk memperindahkan lagi baju kebaya anda. Walaupun simple tetapi tetap vouge di pagi raya. Ada sesiapa yang tak tahu cara nak jahit?

Tempahan Baju Raya

Alhamdulillah setakat hari ini saya dah dapat 6 pasang tempahan baju kurung untuk hari raya. 
Semuanya daripada customer lama saya. 
Alhamdulillah rezeki yang diberikan oleh Allah. 
Saya tak nak ambik banyak2 sebab takut tak sempat nak buat. 
 Lagipun bulan Ramadhan nie, InsyaAllah saya share modal dengan member nak berniaga martabak kat Bazaar Ramadhan Kelana Jaya.
 Saya tak terlibat sepenuhnya sebab kerja hanya menolong pada Sabtu dan Ahad sahaja. 

Saturday, July 17, 2010

Ok Tak Pamplet Ni?





Dah lama rasanya tak update apa2 kat blog saya nie. Selain sibuk menjahit, saya juga sibuk dengan nak buat pamplet sempena pembukaan kedai batu nisan dan juga buat blog kedai tersebut. Inilah hasilnya setelah beberapa kali dirombak dan dikritik oleh panel2 yang tak bertauliah. Anda rasa ok tak pamplet ni?

Saturday, July 10, 2010

Manik: Kuntuman Bunga Dahlia


Sulaman manik ni dah lama saya siapkan. Ni adalah percubaan saya yang pertama jahit guna teknik bunga dahlia. Rasanye tak berapa sukar berbanding dengan teknik sisik ikan. Masa juga dapat dijimatkan dengan menjahit guna teknik bunga dahlia.


Tengokle hasil jahitan saya yang tidak berapa kemas. Banyak kesilapan yang saya lakukan dan saya pelajari. Masa yang diambil untuk jahit manik nie pun agak lama sebab memang dah jadi tabiat saya suka menangguh kerja dan melakukan  kerja yang lain. Selain tu jugak saya sukar untuk mendapat idea nak menjahit teknik apa dan juga corak apa.

Thursday, July 8, 2010

Mata Lalat Bermanik


Salam,
Selalunya jahitan mata lalat dijahit di leher baju. Tetapi kali nie saya gabungkan jahitan mata lalat ini dengan jahitan manik. Satu kombinasi yang sangat cantik. Lebih cantik dan menarik jika jahitan kita kemas dan manik yang digunakan daripada manik yang betul2 berkualiti. 
                                          
Disebabkan begitu teruja dengan jahitan terbaru ini, saya telah jahitkan jahitan mata lalat bermanik ini dileher dan juga di lengan baju. Saje buang tabiat skit jahit mata lalat kat lengan baju. Lama2 tengok cantik le plak. Tapi lagi cantik klu saya jahit guna manik yang berkualiti. Mesti lagi up glamournya.

Ada sesiapa berhajat nak saya ajarkan jahit mata lalat bermanik? Kalau ada sila bagi respon, nanti bolehle saya buatkan tutorial. Bolehlah try jahit dan melaram kat baju raya. Very simple.

Mata lalat bermanik di lengan baju


Mata lalat bermanik di leher baju

Tuesday, July 6, 2010

Manik: Jalinan 2 Rasa

Salam,
Lama sangat rasanya saya tak send apa2 mengenai aktiviti jahitan. Bukannya tak ada projek cuma tak ada kesempatan nak upload kat sini. Almaklum le bab nak edit gambar ni saya masih dalam proses pembelajaran lagi. Kalau tak edit rasa tak cantik plak. Lagipun saiz gambar besar.

Dalam sebulan ini, saya banyak meluangkan masa dengan menjahit baju kurung tempahan dan juga baju kurung untuk kegunaan sendiri. Kali ini saya just nak tunjuk baju kurung saya jahit untuk kegunaan saya sendiri. Kali ini baju kurung ini saya tak jahit dengan corak sulaman mesin di tangan dan di  kaki badan. Sebab yang paling utama kerana saya nak jahit manik kat lengan tangan. Saja nak melaram skit sebab nak pakai masa majlis  tunang bakal adik ipar. Tak boleh nak over2 lip lap takut terlebih bergaya daripada bakal pengantin. Lagipun baju ni nanti saya nak pakai ke tempat kerja. Saya kerja dengan budak2 jadi tak sesuai le nak melaram sangat. Leher baju saya still kekalkan dengan menjahit menggunakan teknik jahitan mata lalat. Lepas ini saya nak try teknik lain plak dekat baju saya yang akan datang.





Saya dapat ilham nak jahit design ini, bila tengok kat baju salah seorang member. Designnya very simple dan hanya menggunakan 2 warna. Sekali aje saya tengok terus jatuh cinta dengan design ini dan nak cuba jahit. So kawan2 semua boleh le tiru design ini..Terutama kepada yang beginner mmg boleh sangat nak jahit.

Petua kecantikan: Menaikkan Seri Muka








Basuh muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air yang bersih selepas sepuluh minit.

Sunday, July 4, 2010

Petua kecantikan: Penawar Resdung


Amalkan menyedut air ke dalam hidung seperti sebelum kita berwuduk. Kemudian picitkan sebelah hidung dan hembus sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu, basuhlah muka dengan bersih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails