Followers

Friday, April 30, 2010

Tip Kesihatan: Mencegah Selsema

Salam,
Sekarang ni saya percaya ramai di luar sana yang mengalami selsema. Almaklum le sekrang nie musim orang demam dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.  Hari nie saya terbaca dalam majalah Rapi keluaran 15 September 2009, mengenai bagaimana kita boleh mencegah selesema. Menurut majalah Rapi keluaran tersebut,  untuk mencegah selsema kita perlu le bergerak aktif. So dengan kata paling mudah kita perlu le bersenam. Bagi orang dewasa purata risiko untuk dijangkiti selsema adalah 2 hingga 5 kali setahun. Bagi yang aktif bersenam, dilaporkan risiko untuk dijangkiti selsema adalah kurang 25% daripada yang kurang bersenam.

Tuesday, April 27, 2010

Bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan

Salam,
Kali nie saya tak nak berbicara mengenai craft tapi kali ni nak berkongsi bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan. Seperti yang kita sedia maklum, perbelanjaan kita semakin hari semakin bertambah. Bagi yang telah berkeluarga, pertambahan ahli keluarga bermakna bertambah juga le perbelanjaan seharian dan juga bulanan. Olegh itu saya menggalakkan rakan2 sekalian mencube sedikit sebanyak langkah2 yang saya paparkan di sini. Walaupun tidak banyak dapat dijimatkan tapi sekurang-kurangnya kita berusaha daripada menjadi terus menjadi hamba duit.

Tip kewangan bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan nie, dalah petikan daripada buku " Tip-tip kewangan untuk rakyat Malaysia" oleh KCLAU terbitan True Wealth Sdn Bhd. Dalam buku tersebut,  KCLAU mencadangkan supaya kita :
  1. Duduk di rumah sekerap mungkin
  2. Gunakan lampu jimat tenaga
  3. Kurangkan bercuti
  4. Batalkan langganan televisyen sekiranya kita memang yang jenis sibuk bekerja
  5. Seboleh mungkin jangan gunakan  telefon tetapi sebaliknya gunakan email sbb free
  6. Bandingkan harga sebelum membuat pembelian
  7. Pergi ke kedai hanya seminggu sekali
  8. Jangan pergi ke restoran ketika lapar krn risiko mengambil banyak lauk dan membazir
  9. Beli barangan dapur dalam kuantiti yang banyak 
  10. Jangan beli kereta/ jangan tukar kereta baru
  11. Berhenti pergi ke salon
  12. Minum air kosong sahaja apabila minum di luar. Boleh juga menjaga kesihatan
  13. Bertukar kepada jenama yang lebih murah
  14. Berhenti membeli belah
  15. Cari kupon diskaun
  16. Bawa bekal ke sekolah atau pejabat
  17. Jangan merokok
  18. Jangan minum arak
  19. Hadiri konsert jika ia adalah percuma cth konsert jom heboh
  20. Amalkan tabiat kesihatan yang baik
  21. Beli pakaian di penghujung musim
  22. Membeli belah di kedai diskaun
  23. Seboleh mungkin beli barangan terpakai
  24. Menaiki kenderaan awam
  25. Buat aksesori rumah sendiri
  26. Minta diskauan sebelum membayar
  27. Batalkan keahlian Gim
  28. Potong semua kad kreadit kecuali satu kad yang mempunyai had yang terendah
  29. Elakkan yuran-yuran bank yang tidak perlu
  30. Menulis blog kerana ia menghentikan semua jenis hiburan dalam hidup kita.
So, kepada rakan2 semua moga panduan yang saya paparkan ini dapat membantu kalian dalam menugurangkan perbelanjaan. Di ain masa dan ketika saya akan berkongsi bagaimana kita boleh meningkatkan pendapatan.Nantikan sahaja entry saya di lain masa dalam tip kewangan.

Sunday, April 25, 2010

DIY: How To Make Hair Flower

Nak berjimat tapi bergaya?? Senang saja jawapannya. Yang paling penting mesti rajin. Kali nie saya nak ajak kawan2 semua buat sendiri penyepit rambut daripada bunga. Bahan2nya terdiri daripada bunga, hot glue dan penyepit rambut. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk ke sini.

DIY: Tie Headband

DIY kali  nie very simple headband yang diperbuat daripada tie. Bahan2nye cuma tie, elastic, gunting dan mesin jahit/hot glue. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk ke sini.

Saturday, April 24, 2010

First Award


Alhamdulillah aku terima award yang pertama untuk blog aku.
Tak tahu le atas sbb apa dan kenapa. Tapi apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih kat sulela atas penghargaan beliau.

Wednesday, April 21, 2010

Teknik Asas Crochet Jarum 1



Hari nie saya nak berkongsi dengan anda semua teknik2 asas crochet jarum satu. Kepada mereka yang ingin mempelajari crochet boleh le merujuk kepada teknik2 di atas.

Sunday, April 11, 2010

Crochet Hp Pouch

Dah lama sebenarnya aku nak buat pouch untuk hp aku nie.Kesian kat hp aku nie, badan dia dah banyak calar balar. Tapi alhamdulillah tetap setia berkhidmat kat aku walaupun usia dia dah menjangkau 4 tahun.
Pattern untuk buat pouch nie memang tak ada. aku pakai taram aje.Alhamdulillah mujur jadi. Tapi jenuh jugak le aku ngadap nak siapkan pouch nie.Almaklum le aku nie masih lagi amatur dalam dunia crochet.
Dalam pada nak siapkan pouch ni aku sempat le berangan2 nak buat beg plak dengan pattern ni.
Dan masih mengekalkan konsep berwarna warni. Chewah KONSEP!! Tapi apa nak buat aku memang suka mengunakan banyak warna dalam handmade aku.


Bahagian hadapan kombinasi warna merah dan juga warna coklat. Tengok le warna yang sangat kontra.


Manakala kombinasi warna hijau dan kuning sudah terlalu biasa. Terutama kepada rakyat negeri Kedah.


Ni plak adalah pandangan dari sisi. Menggabungkan warna biru dan juga ungu. So macammana rakan2 semua? Ada sesiapa yang berkenan? Kalau ada jangan malu2 atau segan untuk menempah daripada saya. Ewah2  siap promote plak.

Saturday, April 3, 2010

DIY - Felt Flower Hair Clips


Saja nak kongsi ilmu yang baru tentang felt.
Walaupun saya tak menyentuh lagi dalam craft felt, mungkin satu hari nanti akan berjinak2 jugak.
InsyaAllah.
Kepada kawan2 semua boleh try sbb bahan2nye pun tak banyak dan mudah.
Tutorial for rose hair clip.


Untuk tutorial bunga di atas boleh klik di sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails