Followers

Thursday, December 15, 2011

DIY: Pocket House Purse

Comel tak?? Ada masa boleh try buat... harap2 saya pun boleh buat satu hari nnt..
Memang ada hati nak buat wallet tp kalau dpt buat coin purse pun dah kira ok dan terbaik..
Pada sesiapa yang nk mencuba buat nie link dia..

Wednesday, December 14, 2011

DIY: felt rose

Hari nie mood saya baik dan terlebih rajin... Rajin k? Hehehehehehe rajinlahkan. Kalau tak rajin saya tak tulis entry tentang felt rose. Alkisahnya dh lama mengidam nk buat roses dr craft felt, cuma tak kesampaian nak buat. Tapi biasalah alasan yang diberi tak ada kesempatan nak buat. Y k? heheheheh sebenarnya sikap "M" tue yang tak boleh nak lawat..

Di sebabkan saya terlebih rajin hari nie, saya kumpulkan semua tutorial langkah2 utk membuat ros dr felt. Senang aje sebenarnya nk buat. Cuma rajin ngan malas aje nak buat. Malas sebb kena main potong2..

Ini bunga ros paling senang dan simple.. Nak cuba buat? Just klik dkt sini.

Tutorial yang nie paling senang.. klik aje dkt sini kalau nk cuba buat/

Ros yang nie pun cantik. Cara nak buat, klik aje dkt sini.

Bunga ros nie paling cantik dan vogue. nk buat?? klik aje dkt sini.


 Bunga ros nie mmg cantik berkelopak2.. Nak cuba buat? nie link dia..


Cantik tak?? dah pandai buat bunga ros kita belajar kaedah utk bagi tone colour dkt bunga ros kita.. Caranya ada di sini.

Banyak tak link yang saya bagi?? Nanti bolehlah try buat ye... Perkara yang paling utama kenalah ada kain felt..Kalau ada bolehlah try buat.

Thursday, December 8, 2011

Crochet: Baby cap


tempahan pn zana dari kedah. Very simple person. Suka sangat berurusan dengan dia.. Senang dan mudah. Mungkin rezeki pn zana sebab tak perlu tunggu lama untuk dapatkan topi yang dihajati..
Tempahan kali berbeza sbb pn zana request spy sertakan sekali tali pada topi sbb anaknya suka tarik topi.. 
senang sekali request pn zana..Ingatkan nk suruh buat apa..

Monday, December 5, 2011

Crochet: Booties and mitten


Tempahan kali nie datangnya dr akak syafiqah... senang sangat berurusan dengan beliau. akak nie menyerahkan sepenuhnya kepercayaan pada saya dalam pemilihan warna dan design. Katanya serahkan pada yang yang pakar.. heehehehehe pakar k saya nie.. Allah kak saya nie masih bertatih lagi dalam dunia crochet nie.. Ada lagi yang lebih pakar dari saya.. Booties ngan mitten nie utk baby dia dalam perut dan baby kak dia.. mmg pening kepala nk pilih warna sbb tak tahu jantina baby lagi.. saya just agak2 spy sesuai utk baby boy or girl pakai..

Sebenarnya ini adalah percubaan saya yang pertama buat mitten dan booties fesyen macam nie. gembira tak terkata akhirnya saya berjaya buat booties ala2 boot gitu.lama dah mengidam buat booties fesyen mcm nie.. Alhamdulillah akhirnya impian menjadi kenyataan. Banyak kali jugak try n erro..

4 pasang mitten





4 pasang booties

Thursday, December 1, 2011

Halizda craft di Pesta Konvo USIM,Nilai 1-4hb December 2011


Memamg lama sesangat saya tak post apa2 my craft projek... Tidak bermaksud saya tak post entry saya tak aktif bercraft.. Still aktif cuma..... kemalasan nak menulis, blog kena virus dan alhamdulillah sedikit bz menyiapkan tempahan..

Untuk pembuka bicara, saya uploadkan craft2 yang sempat saya siapkan utk jualan di Pesta Konvo USIM,Nilai 1-4hb December 2011. Tak banyak sebenarnya saya supply barang untuk jualan konvo tersebut. Takpalah sebagai permulaan untuk saya mengembangkan lagi craft work saya... Mybe next time saya nk try jual sendiri di booth bila dah ada keyakinan diri. sekarang nie bukan tak ada niat cuma kekuatan diri aje yang tak ada dan perkara paling utama barang untuk jualan ready stock tak ada.. Tue yang buat rancangan untuk berjualan sendiri tak ada.. Tak apalah sekarang saya try just tumpang2 booth kawan..

Layan aje dululah ye gambar2 yang ada.. tuan blog kena mengundurkan diri sebab next projek nak supply barang lagi untuk 'Hari keusahawanan' di UM pada minggu lepas depan. Harap2 saya sempat menyiapkan produk.... ok see u later.

Byk tak saya supply brg?

Brooch Rose
Keychain mushroom
Hp Starp love

Monday, November 28, 2011

I'm back

salam bersiaran.... wah ada mukadimmah.. lama sesangat saya tak bersiaran menulis di blog kesayangan saya nie. mmg sayang woooooo dah lama saya jaga dan belai blog saya nie.. rasa macam nak menangis dan tak tentu arah bila blog saya nie diserang virus 'malware'. eh virus apa tue? entahlah saya pun kurang mengerti virus apa. mmg tersangatlah tragis bila saya tak dapat nak update blog saya nie. jangan kata nk update, nk bukak pun tak blog... ramai2 jugak rakan crocheter saya yang terkena virus nie.. mujur kami2 nie semua dah berkumpul di fb so dapatlah berdikusi dan in touch each other.. (eh betul ke apa yang saya sebutkan nie) hentam ajelah labu. hehehehhehehheehehehhe...

So, utk mengelakkan dari virus nie terus menyerang atas nasihat dari rakan2 crocheter saya, sy dgn sebulat suara telah menukarkan link blog saya dari http://duniahalizda.blogspot.com kepada http://halizdacraft.blogspot.com.... mmg jauh tersasar saya menukarkan nama blog. Sebenarnya ada hikmat dan rahmat tersembunyi sebenarnya bila blog saya kena virus. Nak tahu apa hikmahnya? saya telah menukarkan nama blog dan linknya sekali kepada halizdacraft.. sama seperti id facebook saya. lebih mudah untuk di ingati dan promosi. Tapi saya kena kerja keras kembali untuk memperkenalkan kembali blog saya kepada umum..Link baru dah sama taraf blog baru.

Perancangan akan datang, saya akan anjurkan 'Giveway' untuk memperkenalkan kepada umum halizda craft dah kembali.... so jumpa lagi di entry akan datang.. tuan blog nak layan citer 'tentang dhia'.

Thursday, October 6, 2011

Baby boy set



Alhamdulillah hari nie, mood dh kembali nak update blog. Lama jugak blog nie terbengkalai bukan tak ada projek baru cuma mood nak berblogging tak ada. Sekarang mood banyak pada update fb. Almaklum sekarang trend fb. Hari2 mesti nk open fb walaupun sedar diri nie tak popular. Hehehehhehe sentimental value plak...

Just nk share hasil karya saya yang terbaru..Just suka suki aje nak try pattern nie. Bukan tempahan dari sesiapa pun.. Seronok dan nilai kepuasan bertambah bila kita berjaya try pattern baru. Sanggup tue bersengkang mata ngadap laptop tengok pattern mana yang berkenan. Bila dapat try buat mmg juling biji mata sebab bukan mudah dan senang nk baca pattern. Sebab tuelah jangan terkejut kalau ada letak harga yang mahal untuk produk crochet..


Sekali pandang kasut nie macam muka alien pun ada..Hehehehe cuma tak ada mulut aje.


Suka sangat bila dapat buat topi yang ada tulang2 nie.. dan ada yang request nak topi mcm nie tapi letak nama..Kawan2 rasa boleh buat tak?

Friday, September 9, 2011

Jadual saiz: baby hingga 12 tahun.


SizeNewborn
5-10 lbs
Six Month
11-18 lbs
12 months
19-24 lbs
23456781012
Chest

to 18
to 20to 222122232425262728 1/230
Waist1819202020 1/22121 1/22222 1/2232425
Hip192021222324252627283032
Back Waist
Length
6 1/86 7/87 1/28 1/299 1/21010 1/211 1/212 1/21415
Across Back7 1/47 3/48 1/48 3/49 1/49 1/29 3/410 1/410 3/41111 1/212
Shoulder
(neck edge to shoulder point)
22 1/42 1/22 3/4333 1/83 3/83 1/23 5/83 3/44
Neck (width)3 1/43 1/43 1/43 1/43 1/43 1/23 1/23 1/23 3/43 3/444
Sleeve Length
to Underarm
66 1/27 1/28 1/29 1/210 1/21111 1/21212 1/213 1/215
Armhole Depth3 1/43 1/23 3/44 1/44 3/45 1/25 1/2666 1/46 1/27
Upper Arm
Circumference
6 1/277 1/47 1/27 3/4888 1/28 3/499 3/89 3/4
Wrist
Circumference
55 1/85 1/85 1/45 1/45 1/25 1/25 1/25 3/45 3/466
Head1515161718


Just for sharing. Takut saya terlupa nak gagau dekat mana so saya tempek dekat my blog.. Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.

Monday, August 22, 2011

Kopiah bernama


Testing-testing..Alhamdulillah berjaya juga menyiapkan tempahan kopiah bernama tempahan seorang teman lama Kak Yanie. Asalnya kak yanie merupakan salah seorang ibu kepada anak PERMATA tempat saya bertugas dahulu. Ada 4 kopiah tempahan dr kak yanie. 2 untuk si kembar HARRAZ dan HARRIZ dan 2 lagi untuk ADAM dan HASBI.

Ah rasa bangga sekejap sbb saya dapat mencuba ilmu yang baru. Kait kopiah dan kait huruf untuk membentuk nama. Hajat di hati memang dah lama sangat nak try mengait huruf2 tapi hajat selalu sahaja tak sampai atas kekangan masa dan peluang untuk mempelajari.. For those yang nak mempelajari bagaimana nak mengait huruf boleh rujuk di sini. TQ Amani sudi share this tutorial yang banyak membantu.. Percubaan kali nie, saya kurang berpuashati. Banyak lagi perkara yang perlu saya titik beratkan untuk meningkatkan lagi kekemasan.. Tak pe practice make prefect.. (kalau ikutkan hati malu nak upload my first kopiah nie. Malu pada yang dah otai).



Di sebabkan saya terajin, saya buatkan sekali headband bunga ros untuk si kakak NAWWAR sebagai free gift.. Nawwar nielah dulu di antara anak-anak PERMATA yang saya jaga. Comelkan si Nawwar nie. Masa ini dia berumur 5tahun. Gambar lama.. Sekarang mesti lagi comel...


Jangan tak tahu saya dapat lagi tempahan kopiah.. Hope yang akan datang saya dapat meningkatkan lagi kualiti dan try design2 kopiah yang baru. Wahh sekali mencuba kita rasa mcm fed-up bila hasil tak menjadi. Memang saat tue dah kira putus asa. Dah tak nak buat lagi. Dua kali mencuba still tak berpuashati.. Percubaan yang seterusnya pun sama..  Finally result, ingin mencuba dan terus mencuba..

Okey see u again next entry..

Wednesday, August 17, 2011

Baby set 1

Headband

Beanie


OMG..Apa pendapat anda tentang set baby nie? Teruja? Tertarik? Jatuh cinta? Geram?
Hehehehheh mesti tak tahu nk cakap apakan sebab lawa sangat. Saya yang tukang buat pun dah tertarik dan geram + sayang nak lepaskan. 

First time buat set baby. Alhamdulillah menjadi seperti apa yang saya rancangkan. Tempahan siapa? Tak ada siapa pun saya buat sekadar untuk ready made aje. Saya memang suka buat ready made, boleh pelbagaikan pattern dan secara tak langsung dapat try pattern yang baru.. (tapi kadang2 tue ada gak pattern yang syok sendiri). Bila ada orang order mulakan mulalah mengelabah sebab pattern main hentam aje. Rasanya bukan saya seorang berkeadaan macam nie, saya percaya ada yang macam saya. Pattern syok sendiri. Bila orang nak minta pattern bukan kedekut nak bagi tapi tak tahu nak explain macamn.

Okeylah kita jumpa next entry. Sorylah laterly jarang update blog. Buzy siapkan order. Minggu ni, minggu akhir pos barang. So, mahu tak mahu terpaksa pulun siapkan order. Kalau tak pos minggu nie, alamatnya tak sampailah barang yang di pos before raya.

Thursday, August 11, 2011

Crochet: Beanie V-stitch


Try pattern baru lagi.. kali nie menggunakan teknik v-stitch plak.
Senang aje nak mengaplikasikan teknik v-stitch.
Mybe next time saya boleh try teknik nie lagi bukan sahaja utk topi but for other.

Monday, August 8, 2011

Headband+topi


Wahhh lama sungguh saya bertapa sampai blog kesayangan saya nie terabai. Terabai bukan bermaksud saya langsung tak peduli, peduli just tak tulis entry terbaru. Setelah seminggu berpuasa baru hari nie saya ada 'mood' nk menulis entry. Selalunya bila bukak laptop just singgah blog nie, kendian lepak dkt fb and ada minat terbaru main game di fb. Tak tahulah mcmn saya boleh terjebak nak main game..Hehehehheheh dah terjebak alamatnya akan sentiasa le ketagih..So setelah seminggu berpuasa harap2 semuanya 'ok' dalam menjalani ibadat yang dituntut oleh Allah SWT. Rasanya tak terlambat saya nak mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menambahkan pahala.. Pada yang menempah dengan saya, InsyaAllah minggu nie saya akan berusaha menyiapkan tempahan anda semua...

Dalam masa pertapaan saya dari update blog, saya berjaya menyiapkan beberapa set baby..Nanti saya update kemudian set baby yang berjaya saya siapkan. Cuma dalam entry kali nie saya nak share beberapa headband dan topi yang saya siapkan. Sebenarnya semua topi dan headband nie dah selamat dijual. Semuanya saya letak di uptown danau kota. (mana taknya saya letak bulan lepas, baru hari nie saya nk upload di blog).. Ada lagi keluaran terbaru saya letak semalam, just wait..nanti saya update kemudian.
Wah banyak nie saya nak kena update.. Nak update senang, tak jadi masalah. Cuma nak bercerita bla bla bla n bla bla tue yang ada malas skit. (macam le saya ni ramah sangat). Okey untuk hari ini saya dah habis nak bercerita..just layan ajelah ek gambar2 dekat bawah ni.



Untuk yang berkenan boleh menempah. Saya tempekkan kod topi bagi memudahkan pihak saya dan anda.



CH029


CH028

Wednesday, July 27, 2011

Butterfly

Alhamdulillah semalam mencatatkan jumlah kunjungan yang tertinggi selama blog nie wujud. Bagi saya, dengan  183orang yang sudi berkunjung adalah satu pencapaian yang terbaik bagi blog yang khas untuk craft. Gembira sesangat rasa macam tak percaya bila jumlah kunjungan pelawat telah melebihi 150orang sehari. Saya cuma target untuk tahun ini, jumlah kunjungan ke blog saya hanya 100 orang sehari.

Wah, nampaknya entry kali nie saya mengarut sekejap. Hehehheheheheh terlalu gembira dengan pencapaian yang tak di sangka-sangkakan. Okey kali nie saya nak share 10ekor 3D butterfly yang berjaya saya siapkan. Semuanya saya letak di booth seorang teman. Saya buatkan 5ekor untuk hp strap dan 5ekor lagi untuk keychain. Saje nak try market. Harap-harap usaha kali nie akan membuahkan hasil..


Disebabkan entry kali nie hanya ada sekeping aje gambar, saja pilih gambar yang besar. Barulah puas hati dpt belek2 gambar tue lama2. Saya tau mesti ada yang dah tertarik dengan rama-rama nie semua..

Tuesday, July 26, 2011

Colourful

2layers

3 layers

Colourful. Tempahan dari Ninie. Semuanya ada 100 pcs. 50pcs untuk 2 layers dan 50 pcs 3 layer. Ini bermakna ada 100 pcs bunga yang berlainan colour.. Very2 colourful.. Hari-hari mengadap benda nie pun tak rasa jemu sebab saya tersangat le seronok dapat bermain dengan colour.. 

Wednesday, July 20, 2011

Hair Clip



Lawa tak hair clip nie semua?
very colourful n ceria
repeat pattern dr yang sebelumnya tp kali nie lagi vogue

Tuesday, July 19, 2011

crochet : baby hat

CH021

Saja2 try design baru. Simple tapiiiiii makan masa jugak nak siapkan satu topi.
Kali nie tak nak letak bunga2 yang besar, just letak 2 kuntum bunga yang kecil supaya tak nak nampak serabut.. Simple aje. Pada yang ketandusan idea nak try pattern apa, sy suggestkan try corak nie. Dapat juga kita mempelajari skill yang baru.

Monday, July 18, 2011

Crochet: Hp Pouch

HP01

HP02

HP03

Wah banyak jugak hp pouch berjaya saya siapkan. 3 tue banyak k? heheheheh sebenarnya ada 5 hp pouch saya siapkan. Hanya 3 saya upload dulu, yang lagi 2 saya upload kemuadian.. Saya suka sangat hp pouch nie sebab semuanya very cute and sweet. Weikkk puji untuk diri sendiri le plak. Tak adalah sebenarnya gembira sebab saya berjaya buat pattern yang baru dan dapat berkongsi dengan kawan-kawan sekalian. Walaupun design dia simple tak bombastik tapi saya tetap puas hati. Mana tahu permulaan yang baik untuk saya try tote bag plak untuk masa akan datang. 

Tuesday, July 12, 2011

Tempahan Kak Mas




CH014

CH018

CH019

CH020

Lama dah saya siapkan 10headband dan 4 topi nie cuma tak berkesempatan nk upload di blog aje.. Topi ngan headband nie semuanya sekali saya letak di kedai jual baju kanak-kanak di uptown danau kota. Alhamdulillah ada yang dah terjual dan tuan punya kedai minta saya repeat order. Heheheheheh sory kak lately sekarang bz skit dengan beberapa big projek.. Alhamdulillah rezeki saya murah pada bulan nie berkat daripada kerja keras.

Mulai entry kali nie dan akan datang apa2 design saya yang baru, saya akan letak kod bagi memudahkan order..Dan pada yang berhajat nk order, boleh buat sekarang sbb saya akan closed order dalam masa terdekat bagi memberi tumpuan pada ready made..

Untuk keterangan lanjut boleh contact sy di halizda@gmail.com
                                                                  0172406770
                                                                         or
                                                                 fb: halizda craft

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails