Followers

Sunday, March 28, 2010

FabuLOVE Giveaway


Giveway kali nie dari Cute & Yummy.
Hadiah yang ditawarkan cukup best.
Saya paling suka MinMin the Bear Bear.
Very cute. Klu dapat memang best.


Saturday, March 27, 2010

The Quilter's Bag Giveaway!


Jom join this giveway.
Hadiah yang ditawarkan jugak amat menarik.
Harap2 ada rezeki saya.
Untuk maklumat lanjut boleh le klik di sini.


RIbbon/yard Storage

Salam
Hari ni saya nak berkongsi idea bagaimana cara yang terbaik dan murah untuk menyimpan riben dan benang bulu kambing.
Untuk idea yang pertama bahan yang diperlukan cuma penyepit baju.
Very easy, just kepit kemudian gulung2 reben/yard di mulut dia yang ternganga tue.
So reben2/ yard kita terselamat le daripada terbuka dan kusut.



Bagi idea yang kedua, kawan2 boleh klik di sini.
Ini adalah idea daripada Sara.
Kredit to Sara kerana sudi berkongsi idea yang mudah dan menjimatkan.







Thursday, March 25, 2010

Jom Jahit Baju Kurung

Hari nie saya nak ajak rakan2 sekalian menjahit baju kurung.
Bagi saya menjahit baju kurung tidak le sesusah mana cuma sedikit sukar untuk menjahit dibahagian leher.
Ok di sini saya sertakan sekali laman web yang boleh di akses untuk belajar jahit baju kurung.

Sunday, March 21, 2010

Baju Kurung kain cotton




Salam,
Hari nie saya nak paparkan baju kurung yang telah berjaya saya jahit pada minggu lepas.
Baju kurung nie kepunyaan saya dari kain jenis cotton.
Bagi saya jahit baju kurung nie tak susah cume bergantung kepada mood dan kemalasan diri.
Sbb tue saya jarang ambik tempahan.
Almaklumle menjahit cume hobi masa lapang.


Untuk bahagian leher, saya telah memilih untuk menjahit dengan jahitan karipap.
Dan disudahi dengan jahitan sembat.


Untuk bahagian lengan dan bawah baju saya memilih untuk jahit dengan mesin.
Bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah dapat mencantikkan lagi baju.




Saturday, March 13, 2010

RE - Hadiah Kawin Ain

Salam,
Hari ni saya nak share dengan kawan2 semua hasil kerja tangan saya yang terbaru. Sulaman Reben kali nie saya buat khas untuk sepupu saya yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Oleh kerana saya tak dapat hadir atas sebab kekurangan staff saya hasilkan sulaman reben nie sebagai ganti. Semalaman saya bertungkus lumus menyiapkan RE nie. Memang ambik masa skit nak jihit sebab saya menggunakan kertas.
Perlu lebih berhati-hati kerana dikhuatiri kertas akan terkoyak. Lagi2 macam saya nie masih beginner dalam RE dan dah lama tinggalkan RE. Berpeluh jugak le nak siapkan. Nampaknye saya kenalah berjinak2 kembali dengan RE supaya tak lupa dan hasil jahitan bertambah kemas dan cantik.


Tanpa frame

Dengan Frame

Saya kurang berpuas hari dengan hasil kali nie. Nampak macam kosong sangat dan tak berseri. Lagipun ruang2 kosong di antara bunga2 ros jelas kelihatan. Kalau diberi masa lagi, saya nak tambah lagi kudup bunga  ros, daun dan fresh not. Tapi apa nak buat, hadiah dah sampai ke Kedah. Mungkin kali ini, saya lakukan mistake. Tutup buku, lain kali jangan buat lagi.

Thursday, March 11, 2010

Saturday, March 6, 2010

DIY-label

Salam,
Hari nie saya nak kongsi dengan kawan2 semua bagaimana nak buat label sendiri.
Nanti boleh le lekatkan label ni kat craft kawan2.
Bahan2 yang diperlukan pun tak banyak.
Untuk maklumat lanjut just clik .


Cardigan



Kali nie saya nak tunjukkan teknik jahitan peyote.
Teknik jahitan nie boleh digunakan untuk membuat gelang tangan, cincin dan rantai.
Teknik jahitan nie menggunakan 2 batang jarum.





Wednesday, March 3, 2010

Doily

Salam,
Projek crochet saya yang terbaru.
Alhamdulillah berjaya jugak menyiapkan doily ni
Walaupun kecil tapi amat bermakna bagi saya.
Mungkin lepas ni saya boleh mengait doily patern yang lain pulak.

Tuesday, March 2, 2010

NureLL Giveway



Salam,
Jom kita join giveway dari NureLL.
Tarikh tutup penyertaan 25 Mac 2010.
Masih panjang lagi masa nak join.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails