Followers

Wednesday, April 25, 2012

Bantal tempahan Kak Ayu


Tempahan bantal lagi.. kali nie tempahan dari kawan semasa belajar di Kolej Komuniti Shah Alam.. Tak sangka Kak Ayu akan tempah dengan saya padahal kitaorang sama2 belajar dengan SekociNorlie untuk kelas felt. Kak Ayu memberi sepenuh kepercayaan pada saya untuk hasilkan bantal anak dia. Dia cuma bagi hint nak colour bantal warna hijau utk nisa dan yasmin dan warna biru utk Faris dengan kartun ultraman.


Peringkat paling mencabar nak hasilkan kartun ultraman.. Memang betul2 mencabar. Kalau tak sabar memang tak mau jadinya kartun ultraman.


Untuk Nisa saya cuba gabungkan dengan bunga crochet. Amacam cantik tak??? Saya tak sangka cantik jugakan bila felt, crochet dan flannel bergabung..


Yang nie plak untuk Yasmin.. Simple ajekan..

Tuesday, April 17, 2012

Crochet: cardigan+sun hat

Cardigan dengan nama


Hiiii, bertemu kembali setelah sekian lama tak bertemu.. Bukan tak ada projek baru cuma saya kekurangan idea untuk mencurahkan kata2 dlm blog saya nie.. Jangan kata nak menaip, saya juga menghadapi masalah dalam memberikan sentuhan terakhir untuk setiap produk crochet saya. Wah tak tahulah kenapa sejak akhir2 nie saya selalu hilang mood dan idea hilang.. Janganlah lama2 ek hilang fokus kesian pada customer yang dah lama menunggu order dorang siap..

Cardigan dan sun hat nie sebenarnya order bulan lepas.. Sorylah kengkawan sebab baru sekang saya ada kesempatan hendak berkongsi dengan anda2 semua.. Kesian dekat blog saya nie, lama sangat terabai.. FB saya pun lama saya tak upload projek baru. Semuanya gara2 mood malas nak upload dan berkarya. Saya cuma layan FB dari oversea cari idea2 dari oversea. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails