Followers

Saturday, October 30, 2010

Crochet: Permata Headbands

Salam,
First time saya buat headband nie. Terbuat headband ini pun sebab nak bagi sesuatu dekat anak2 yang saya asuh. Semalam adalah hari yang terakhir saya bertugas di Pusat Anak PERMATA Negara. So sebagai kenangan2, saya kaitkan headband ini khas buat sicomel2 yang saya asuh. Saya namakan headband ini 'Permata Headband'.



Saya buatkan headband ini sebanyak 7 jenis colour untuk 7orang murid. Design memang very simple sebab saya tak cukup masa sampai terpaksa korbankan masa tidur nak siapkan headband ini. Tapi saya rasa sangat berbaloi  bila saya dapat tengok budak2 nie gembira dan pakai headband hasil kerja tangan saya sendiri. Alhamdulillah ramai yang suka dan suggestkan saya buat dan jual. Idea yang bagus tapi berapakah harga saya nak jual? Ada sesiapa boleh tolong saya cadangkan harga?

Tengoklah dorang nie semua tersenyum manis sambil mengayakan headband yang saya buat. Secara tak langsung jadi model saya sekejap. Shazleena, Qiesya, Dareena, Fatin, Adilla, Qaseh dan Dania, Teacher Ila will miss u all. I love u all so much...

Saturday, October 23, 2010

Petua Kecantikan: Menghilangkan Bau Mulut


Bau mulut yang kurang menyenangkan boleh mendatangkan masalah kerana menghalang komunikasi. Punca terjadinya bau mulut disebabkan oleh merokok, gigi berlubang, makan makanan seperti durian, petai dan jering. Bagi mengatasi masalah bau mulut, tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Kemudian, gosokkan kepada gigi dan berkumur sehingga bersih. Amalkan petua ini 3 kali sehari.
Bunga cengkih
Bawang putih
         

Sunday, October 10, 2010

Tutorial: Bunga Dahlia

Kali ini saya nak berkongsi bagaimana nak menjahit bunga dahlia. Terdapat berbagai versi untuk menjahit bunga dahlia. Apa yang paling penting anda perlu tahu asas untuk menjahit bunga dahlia.
Dengan menggunakan duit syiling 20sen buat lakaran di atas kain dengan menggunakan pensil ataupun air erasable pen.
Susupkan jarum keluar dari fabrik tapi sebelum itu pastikan benang telah disimpul mati di hujungnya.








Tarik jarum keluar dan susupkan kembali jarum ke tempat permulaan seperti di dalam gambar sebelah. Tujuannya bagi mematikan benang buat kali kedua.









Masukkan labuci yang paling besar diikuti labuci yang paling kecil dan sebutir manik.


Ulang langkah di atas.







Tarik labuci dan manik sampai ke hujung benang. Tahan dengan tangan kiri. Susup jarum ke sebelah kiri.
Ulang langkah yang sama sehingga mengelilingi bulatan.











Anda juga boleh membuat bulatan kecil bagi memudahkan proses menjahit.

Setelah barisan yang pertama telah penuh, lakukan langkah yang sama untuk barisan yang kedua.










Setelah barisan kedua siap dijahit, ambil sebutir mutiara dan jahit ditengah-tengah bunga.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails