Followers

Sunday, June 27, 2010

Petua kecantikan: Kulit muka kembali bermaya


Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu lebah. Kemudian sapu campuran ini  pada leher dan muka seperti anda pakai masker. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan menggunakan kapas dan air suam. Hasilnya kulit bertambah tegang. lembap, lembut, segar serta licin. Amalkan 3-4 bulan sekali supaya anda dapat kekalkan kulit yang bermaya.




Saturday, June 26, 2010

Petua Kecantikan: Hilangkan Jerawat




Patahkan daun lidah buaya dan campurkan lendirnya bersama kuning telur. Sapukan ke wajah sehingga kering. Petua ini bolehlah diamalkan setiap pagi dan malam sehingga jerawat hilang.  

Friday, June 25, 2010

Petua Kecantikan: Mengelak perut buncit

Eh dah berapa bulan mengandung ni? Pernah tak anda di tegur atau mendengar rugutan dari rakan2 yang mengalami masalah perut buncit tapi disangka mengandung. Percayakah anada masalah perut buncit boleh dicegah dari awal Oleh itu, bagi mereka yang belum mengalami masalah perut buncit perlulah mengelakkan memakan nasi disulami dengan meminum air. Kita perlulah meminum air sebaik-baiknya selepas makan. Sebaik-baiknya minum air setengah jam or 3 jam selepas makan.

Thursday, June 24, 2010

Petua kecantikan: Melangsingkan badan

Bertemu kita kembali dalam petua kecantikan. Ewah macam nak baca berita plak. Petua kecantikan yang nak saya kongsi kali ini mengenai bagaimana cara nak melangsingkan badan. Mesti ramai yang nak  mencuba petua ini kecuali saya sebab saya ini aje yang makin kurus sebab kekurangan berat badan.

                                     

Petua kecantikan kali ini, anda hanya memerlukan 2 biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian parut dan perah untuk dapatkan airnya. Campurkan dengan sebiji air limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda dikehendaki minum 2kali sehingga sehingga mencapai berat badan unggul.

  

Wednesday, June 23, 2010

Petua kecantikan: Kulit muka licin dan merah


Petua kecantikan yang saya nak kongsikan di sini ialah mengenai bagaimana kita nak dapatkan kulit yang licin dan sedikit merah. Langkahnya senang sangat hanya perlu ambik sebiji buah tomato masak, lecek sehingga halus. Kemudian pupurkan di muka. Biarkan ia kering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Petua ini hendaklah diamalkan seminggu 2/3 kali. 

Tuesday, June 22, 2010

Petua kecantikan: Kulit bayi cantik dan berseri


Kita mesti geram bila dapat usap dan pegang baby yang mempunyai kulit yang cantik dan mulus. Nak tahu bagaimana nak dapat kulit baby yang macam tu? Senang sahaja. Anda hanya perlu  minum setengah gelas air kelapa muda semasa kandungan anda berusia 7 bulan dan keatas. Amalkan meminun air kelapa muda ini selepas makan. 

Monday, June 21, 2010

Petua kecantikan: Kulit Lebih Berseri



Setiap daripada kita pasti mengimpikan kulit yang cantik berseri tanpa sebarang noda di muka. Oleh itu saya menyarankan anda kupas sebiji ubi kentang. Cuci dan kisar sehingga halus. Selepas itu campur dan gaulkan dengan sedikit tepung susu untuk dijadikan masker. Pupurkan dimuka 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam selama 10 sehingga 15 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Sunday, June 20, 2010

Petua kecantikan: Rambut lebih lebat

Entry saya kali ini, saya nak share dengan anda2 semua petua orang2 lama. Sayang rasanya petua2 ini hanya tinggal sejarah apabila generasi muda macam saya buat tak endah aje dengan petua-petua ini. Saya rasa ada baiknya saya paparkan di sini mungkin ada dikalangan kita boleh membuat rujukan dan mencuba petua-petua yang dipaparkan. Tak salah rasanya kita mencuba mungkin petua-petua tersebut memang serasi dan mujarab dengan kita. Jika ada kesempatandan kelapangan setiap hari saya akan paparkan satu petua untuk kita kongsi bersama.

Rambut Lebih Lebat
Tumbuh atau giling daun asin-asin. Selepas itu campurkan dengan sedikit santan dan kemudian sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Hasilnya rambut akan menjadi lebih lebat, bersinar dan mudah diurus.


Nama Lain: Cekur manis, taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush,katuk, ma ni chai,

Sepasang baju kurung Riau

Salam,
Rasanya dah 2hari tak send apa2 entry. Bukannya tak ada topik nak tulis tapi rasanya banyak sangat nak share dengan anda semua. Yang jadi masalah tak tahu nak bercerita macamana. Banyak kali jugak le entry saya tinggal draf aje. Lama-lama saya terus delete bila merasakan dah terlalu lapuk nak share.
Hari ini, mood saya baik. Alhamdullilah dapat siapkan sepasang kurung Riau/Pahang. Tinggal nak klim tangan dan bawah baju aje. Kiranya pencapaian saya yang terbaik selama saya menjahit baju sebab hampir dapat siapkan jahit baju kurung siap dengan jahitan mata lalat di leher baju.

Friday, June 18, 2010

Kenapa lelaki suka membujang

Lelaki bujang? Pernah tak anda tertanya2 kenapa terdapat lelaki2 diluar sana masih membujang walaupun umurnya telah sepatutnya mereka mendirikan rumahtangga. Adakah lelaki2 ini tidak punya duit? Tak ada calon? Tidak bersedia? Mari kita selidiki mengapa ada lelaki suka membujang.


Fokus pada kerjaya
Bagi mereka kerjaya adalah terlalu penting. Mereka bebas bekerja lebih masa, bekerja hujung minggu tanpa ada gangguan sesiapa. Kebanyakkan mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga lupa kepada ikatan perkahwinan.

Dapat apa yang dimahukan pada bila-bila masa
Tanpa perkahwinan, lelaki bujang ini bebas pergi ke mana saja dan melakukan apa sahaja aktiviti tanpa komitmen dengan sesiapa. Paling menyeronokkan, duit yang dikumpul daripada hasil titik peluh sendiri dibelanjakan untuk diri sendiri sahaja.

Hubungan bebas
Ada segelintir lelaki bujang ini sering mengambil kesempatan untuk bertukar2 wanita dengan alasan tidak mahu ada komitmen. 

Tidak perlu berkompromi
Menjadi orang bujang membolehkan mereka membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk kepada orang lain. Mereka juga dapat mengelakkan diri daripada bergaduh sesama sendiri.

Perolehi ketenangan
Fikiran mereka tidak akan berserabut memikirkan mood perempuan yang tidak menentu dan melayan setiap kehendak dan permintaan perempuan. Bila hidup bujang, mereka tidak perlu bergaduh dengan sesiapa dan sudah pasti mereka akan hidup tenang dan aman.

Punya banyak masa pilih wanita yang terbaik
Lelaki yang membujang terlalu lama sangat beruntung kerana mereka mempunyai banyak pilihan dalam hidup. Mereka boleh berkawan dengan seberapa banyak wanita yang mereka sukai dan membina keserasian di antara mereka. Mereka menjadi penyelamat dengan mengurangkan kadar perceraian yang semakin meningkat.

Mengumpul kekayaan
Kebanyakkan lelaki bujang adalah mereka yang berharta kerana duit gaji mereka dibelanjakan untuk keguanaan sendiri sahaja. 

Wednesday, June 16, 2010

Hendak kenali pasangan? Jom kenali melalui 4 unsur alam

Percayakah anda, sifat dan perangai individu boleh diketahui melalui urutan kelahiran dalam keluarganya. Manusia dipengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Unsur-unsur itu adalah tanah, air, api dan angin
Ini adalah petua orang-orang tua. Walaubagaimana pun ada juga segelintir daripada kita masih lagi mempercayainya. Tujuannya adalah mencari keserasian antara lelaki dan juga wanita bagi mencari kebahagian hidup.

Tanah
Urutan dalam keluarga: 1,5,9
Golongan ini suka menjadi orang yang memberi arahan, mempunyai pegangan nilai tersendiri, tidak mudah dipengaruhi, tetap pendirian, kuat semangat, sukakan kebebasan, teliti membuat keputusan, selalu memikirkan masalah keluarga dan adik-adiknya, sabar dan tidak cepat marah, selalu bimbang dengan keputusan yang dibuat, seorang yang keras hati dan sensitif, menjadi orang rujukan oleh adik-adiknya, tabah menghadapi dugaan hidup, boleh diharap dan tenang menghadapi suatu situasi.

Air
Urutan dalam keluarga: 2, 6,10
Golongan ini sering mementingkan diri sendiri, suka memaksa pasangannya, cepat tersinggung perasaannya, suka berahsia, seorang yang lemah lembut dan suka mempunyai pesonanya tersendiri, cepat kasihan kepada orang lain, boleh dipercayai oleh pasangannya, takut dengan kritikan dan gosip dari sekeliling, lemah dengan teguran, malas melakukan kerja, suka berangan-angan dan berimaginasi, suka marah orang lain, kurang pendirian, pemurah dan baik hati orangnya, berhati-hati membuat keputusan dan memahami perasaan orang lain.

Api
Urutan dalam keluarga: 3,7,11
Golongan ini sering mengikut kata hati mereka, suka mementingkan diri sendiri, seorang yang keras hati, suka bermegah diri, kurang mempedulikan perasaan orang lain, kurang  beremosi, kuat semangat, tidak mudah menyerah kalah, cepat terasa dan mudah tersinggung, sukakan cabaran dan sanggup menghadapi situasi yang berbeza dan mencabar, seorang yang suka memaksa dan fikirannya sentiasa berubah mengikut keadaan dan fleksibel, seorang yang selalu berfikiran positif dan mengambil berat ahli keluarganya.

Angin
Urutan dalam keluarga: 1,5,9
Golongan ini sukakan kebebasan, mempunyai prinsip hidup, tidak mudah terpengaruh dengan orang lain, sedikit sensitif, seorang yang mesra dan mudah bercampur dengan orang ramai, menjadi pengaman dalam keluarga, memahami pasangannya, kurang ambil peduli hal persekitarannya, sedikit terburu-buru membuat keputusan, seorang yang bijak dan selalu berfikir secara logik, suka mengambil mudah sesuatu perkara. kadang-kadang banyak cakap tapi sebenarnya baik hati, boleh dibawa berbincang, sedikit moody dan jangan buat dia marahi.

Thursday, June 10, 2010

Aiskrim oh aiskrim. Jom buat aiskrim




Salam,
Entry kali ini saya betul2 nak lari daripada bercerita tentang craf, blog, percintaan, kewangan ataupun kesihatan. Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana kita boleh membuat sendiri aiskrim di rumah. Saya cadangkan kepada mereka yang telah berkeluarga, saya galakkan membuat aktiviti ini bersama anak2 anda di rumah. Pasti anak2 kita teruja sebab dapat buat sendiri aiskrim. Saya dah try buat aiskrim ini dengan anak2 berumur 3 tahun. Apa yang dapat saya lihat, anak2 ini sangat seronok dan gembira. Anak 2 ini excited bercerita dengan parent mereka kerana telah  berjaya membuat sendiri aiskrim. Bagi yang masih bujang, saya galakkan anda membuat aiskrim ini bersama adik or ahli keluarga yang lain. Selain rasanya yang enak dan tahap kebersihan yang terjamin, kita juga dapat mengeratkan silatulrahim antara keluarga.
Saya berbesar hati nak share kat sini sebab bahan2nya sangat mudah.

Bahan-bahan:
1 cawan susu kotak perisa coklat or strawberi
1 cawan coffemate

Aturan:
1. Campurkan kedua2 bahan tersebut kedalam mesin pengisar. Kisar sehingga bahan-bahan ini sebati dan berbuih.
2. Selepas itu letakkan ke dalam peti ais sehingga beku.
3. Apabila telah beku, keluarkan dari peti ais dan kisar semula.
4. Apabila telah selesai, bekukan kembali kedalam peti ais.
5. Sedia untuk di nikmati setelah ia beku. Anda boleh hiasi dengan coklat urai atau buah strawberi.

Saya harap sangat anda semua mencubanya sendiri di rumah. Jom kita layan gambar-gambar tengok gelagat anak-anak berusia 3 tahun membuat aiskrim.

Kusyuk mendengar penerangan Teacher Yati

Alamak Irsyad sempat nak ngorat Shazleena

Irfan dengan Ahmad macam tak sabar-sabar nak makan

Wednesday, June 9, 2010

Kenapa loading untuk entry blog saya lembap?

Salam,
Dah lama sebenarnya saya menghadapi masalah ni. Kira dah tahap tension sebab tak tahu nak solve macamana.
Loading time untuk fronpage okey tapi bila loading untuk entry tersangat le membosankan nak tungu. Pelik bin ajaib plak saya rasa. Kenapa ek boleh jadi macam tue. Saya nak sangat le menyelesaikan masalah loading ni. Kalau loading tak ok macamana saya nak tengok komen2 yang ditinggalkan dan tak ada le komen2 yang akan ditinggal. So kepada rakan2 blogger sekalian tolong le saya untuk menyelesaikan masalah saya yang tak seberapa ini.

Untuk rakan2 sekalian yang nak tahu berat blog anda boleh le check kat Website Speed Test. Kalau blog saya loading time dia boleh rujuk jadual kat bawah.

#
 Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1duniahalizda.blogspot.com/106.06 KB1.02 seconds0.01 seconds

Friday, June 4, 2010

Join My First Giveway



Salam,
Sempena Birthday saya hari ini, saya tersangat le berbesar hati nak bagi hadiah kat mana2 blogger yang berminat nak dapatkan hadiah daripada saya. Hadiahnya terpaksa saya rahsiakan dulu. Saje nak bagi susprise kat anda semua. Untuk join giveway ini tersangat le mudah. Anda cuma perlu..

1-Jadi follower duniahalizda.blogspot
2-Linkkan duniahalizda.blogspot ke dalam blog list anda
3-Buat satu pos @ entry dalam blog anda tentang Giveaway ini dan jangan lupa letakkan sekali gambar di atas  ke dalam entry anda.
4-Last skali, jangan lupa tinggalkan jejak anda pada entry ini menandakan anda telah join giveaway ini.
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Jun 2010
Jom kawan-kawan sekalian join my first giveway ni.

Nama yng join giveway Duniahalizda

1. Y@D@M
2. Shidasyakirin
3. tiefazatie
4. iezya
5. My~lovely~note
6. Rina
7. faris
8. adyshariz
9. nana
10.nadya
11.pink butterfly
12. mama zhafran
13. ..aida..
14. Anje a.k.a Mama _Balqis
15. eima
16. ummiaqeef
17. Zhet
18. kak Hema
19. zahida zihas
20. yaya
21. izan cute
22. ogy
23. taufidris
24. nida
25. sarah
26. fana flora
27. ayu eisa
28. mieeliss.
29. segalanyerkuterima
30. shaza
31. endless_Lurve
32. SYaMILA
33. dHaHa
34. dark sengal
35. cicakgirls
36. shidasyakirin
37. arol
38. inahasan
39. inasepi
40. My Lovely
41. Sya isya
42. MamaLyna
44. Aarin
45. Nea flerida
46. Azura Ahmad
47. edura
48. ctnurkijah
49. zaikulim
50. rosilahi
51. zalina (usharapa)
52. juniza
53. zafira rizuan
54. noie
55. mummy alesya
56. zie fauzi
57. eT
58. Asya
59. ummi Sofiyyah
60. nur-eimi
61. Em's Family
62. ayuselalu
63. kamal
 
Closed

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails