Followers

Monday, November 29, 2010

Bestnya kalau dapat beli buku nie

Semalam singgah kat MPH Mid Valley terjumpa le buku "100 Flowers to knit & crochet". Buku nie memang best sebab ada banyak pattern bunga dan daun. Memang sangat teruja tengok bermacam-macam jenis bunga yang cantik2 dan warna warni. Rasa macam berada kat taman plak tengok bunga2 yang sedang kembang mekar. Kalau ikutkan hati nak sangat sambar buku nie, tapi bila tengok harga buku mencecah RM80++ hanya telan air liur ajelah. Tak mampu akak nak beli. Kan best kalau ada buku terbitan dari Malaysia. Tentu harganya tak adalah mahal sangat. Saya kalau harga dia ok, memang terus sambar aje. Tentang buku saya memang tak berkira sangat. Beli, baca dan habis baca terus simpan kat rak buku.




 Nie adalah sebahagian bunga yang terdapat kat dalam buku nie. Gambar saya ambik dari google. Amacam kawan2 geram tak tengok bunga2 tue. Rasa macam nak ambik benang dan jarum terus crochet. Harap-harap adalah insan2 yang baik hati share pattern nie kat internet. Bolehlah kita cuba buat..

Thursday, November 25, 2010

Crochet Shell Headband

Crochet headband lagi. Tapi kali nie saya pilih headband pattern shell. Pattern  yang berbeza dengan headband yang pernah saya hasilkan.




Round 1
Round 2
Round 3 - Finish
Add Flower

100% Handmade
Suitable for adult, toodler, baby.

Monday, November 22, 2010

Amigurumi Hearts


Amigurumi saya yang first yang menjadi. Bukan senang rupanya nak membuat amigurumi nie. Kalau tak ada kesabaran dan ketekunan memang sah2 fail. Saya pun dah beberapa kali give-up. Sebenarnya warna merah (belah kanan) amigurumi yang saya buat dulu. Tapi terbengkalai sebab saya dah fed-up. Kendian saya try lagi dengan benang warna lain (belah kiri). Alhamdulillah berjaya. Rasa macam nak menangis nak menyiapkan amigurumi heart nie. Menangis sebab suka sangat dah siap dan menangis sebab geram salah bilangan sc. Pengajaran yang saya dapat, jangan sesekali malas nak kira balik sc yang dah kita kait. Klu salah terpaksa le kita bukak balik. Tapi kalau kita dah mahir, kita boleh adjust balik. Hehehheheheh.... 

 Mana saya dapat pattern amigurumi hearts nie? Saya pun dah lupa kat mana saya copy. Tak susah pun nak cari just minta tolong kat google. Besarnya amigurumi hearts nie,
Panjang : 11 cm
Tinggi : 8 cm
Lebar : 4 cm




 Cik rama-rama nie saja letak, nampak le berseri sikit. Kalau tak rasa macam kosong aje. Macam gambar kat bawah ni. Mana yang anda berkenan hearts yang kat atas atau yang kat bawah?




So kepada sesiapa yang berkenan boleh le order dengan saya. Kalau nak oder rama-rama aje pun boleh. 
email : halizda@gmail.com
or
tinggalkan pesan dekat ruangan komen.

Friday, November 19, 2010

Crochet Brooch

2 layer flowers
3 layer flowers
4 layer flowers
Sebahagian daripada crochet brooch yang telah saya siapkan sepanjang cuti panjang saya di rumah. Dan saya harap selepas ini, saya dapat buat sepit rambut plak dan bunganya daripada crochet. Mesti cantik apabila kanak-kanak yang comel mengayakan sepit rambut daripada bunga crochet. (Alamak saya dah mula berangan). Harap-harap impian saya akan menjadi kenyataan. 

Okey kepada sesiapa yang berkenan nak dapatkan brooch di atas boleh hubungi saya di halizda@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah.

Tuesday, November 16, 2010

Ros oh ros


Ros oh ros. Hari ini saya telah berjaya menyiapkan 12 kuntum bunga ros dari pelbagai warna. Sangat teruja nak menyiapkan ros2 nie. Bukan apa sebab dah beberapa kali membuat percubaan mengait ikut pattern yg di beri tapi still tak berjaya. Tapi alhamdullilah berkat kesabaran dan mendalami lagi ilmu membaca pattern akhirnya saya berjaya juga menghasilkan bunga ros.

Dalam asyik mengait bunga-bunga ros nie, saya dapat ilham nak jadikan brooch bunga ros nie sebagai cenderahati untuk majlis perkahwinan or apa2 majlis yang family saya akan adakan di masa akan datang. InsyaAllah. Bukan saja begitu unik dan lain dari cenderahati yang selalu kita dapat tapi boleh digunakan oleh para tetamu nanti. Boleh digayakan pada handbag, headband, brooch pada baju, bootish or boleh juga pada topi. Semuanya boleh.

Dapat ilham? Kepada yang masih tercari-cari lagi cenderahati untuk majlis anda, saya suggestkan brooch dari crochet. Lain daripada lain. Kepada yang pandai bercrochet, boleh buat sendiri dan kepada yang tak pandai boleh menempah dari saya. Pilihan warna terletak kepada anda. Boleh pilih sendiri.



Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di:
halizda@gmail.com
ataupun
tinggalkan pertanyaan anda diruangan komen.

Saturday, November 13, 2010

Jom Lebatkan Rambut dengan Petua Tradisi

1) Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu,sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam.Kemudian baru dicuci.Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.


2) Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi.Kacau rata dan simpan semalaman.Keesokan harinya,sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam.Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu. 


3) Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.


4) ) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air.Biarkan sehingga lendirnya keluar.Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.Bersihkan rambut dengan air sejuk.Amalkan dua hari sekali.


5) rendamkan sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis di dalam secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan pada waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu bilas dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

Thursday, November 11, 2010

Crochet Headband Flower for SALE!!



Size: Sesuai untuk kanak-kanak dan remaja
Saiz boleh laras disertakan butang
Harga: RM 8 (tidak termasuk pos)
Available


Size: Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa
Saiz boleh laras disertakan butang
Harga: RM 8 (tidak termasuk pos)
SOLD

Selain daripada warna di atas, pilihan warna juga boleh dibuat oleh pihak anda.
Sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi di
halizda@gmail.com
ataupun 
tinggalkan saja diruangan komen.

Monday, November 8, 2010

Manik: Juraian beri

Salam,
Hari ini saya saja nak share dengan kawan2 semua hasil kerjatangan saya. Walaupun dah lama tapi baju ini very2sentimental value buat saya. Nak tahu kenapa? Sbbnya baju ini merupakan baju ketika saya melangsungkan pertunangan. Baju ini 100% hasil kerjatangan saya. Dari memilih fabrik, mengunting, menjahit baju, design manik, pemilihan manik dan menjahit manik semuanya dari usaha saya sendiri. Kiranya saya dapat jimatkan belanja upah dari segi upah jahit baju dan upah jahit manik. Kalau tempah or beli dah siap anda rasa berapa ye harganya? Saya rasa tak lari RM300..

Material kain, saya pilih dari jenis kain siffon n lining dari jenis kain yang tebal. Sebab pilih yang tebal? Saya tak suka ada lining tapi tetap jarang. Kebanyakkan kita lihat, ramai buat lining baju tapi still jarang dan nampak bentuk badan.

Amacam cantik tak baju masa tunang saya? Sengaja lari dari pemilihan kain renda seperti kebanyakkan bakal tunang or pengantin. Tujuannya supaya saya still boleh pakai baju tersebut dikemudian hari. (walaupun pada hakikatnya saya tak pernah pakai). Hehehehheheh... Tapi still tetap cantik dan vogue. Betul tak? (Angkat bakul sendiri le plak saya ni). 

Untuk design manik, saya pakai jahit aje. Bila tak berkenan saya bukak balik. Kendian pergi kedai beli lagi manik or labuci warna lain plak. Saya memang kekurangan idea masa tue dan baru berjinak2 dengan manik. Memang susah le jugak. So, saya tampal dengan renda dan jahit ikut patern renda tersebut. Sangat senang tak payah pening kepala nak jahit patern apa walaupun hakikatnya still pening dengan combinasi warna dan teknik jahitan.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails