Followers

Monday, August 22, 2011

Kopiah bernama


Testing-testing..Alhamdulillah berjaya juga menyiapkan tempahan kopiah bernama tempahan seorang teman lama Kak Yanie. Asalnya kak yanie merupakan salah seorang ibu kepada anak PERMATA tempat saya bertugas dahulu. Ada 4 kopiah tempahan dr kak yanie. 2 untuk si kembar HARRAZ dan HARRIZ dan 2 lagi untuk ADAM dan HASBI.

Ah rasa bangga sekejap sbb saya dapat mencuba ilmu yang baru. Kait kopiah dan kait huruf untuk membentuk nama. Hajat di hati memang dah lama sangat nak try mengait huruf2 tapi hajat selalu sahaja tak sampai atas kekangan masa dan peluang untuk mempelajari.. For those yang nak mempelajari bagaimana nak mengait huruf boleh rujuk di sini. TQ Amani sudi share this tutorial yang banyak membantu.. Percubaan kali nie, saya kurang berpuashati. Banyak lagi perkara yang perlu saya titik beratkan untuk meningkatkan lagi kekemasan.. Tak pe practice make prefect.. (kalau ikutkan hati malu nak upload my first kopiah nie. Malu pada yang dah otai).



Di sebabkan saya terajin, saya buatkan sekali headband bunga ros untuk si kakak NAWWAR sebagai free gift.. Nawwar nielah dulu di antara anak-anak PERMATA yang saya jaga. Comelkan si Nawwar nie. Masa ini dia berumur 5tahun. Gambar lama.. Sekarang mesti lagi comel...


Jangan tak tahu saya dapat lagi tempahan kopiah.. Hope yang akan datang saya dapat meningkatkan lagi kualiti dan try design2 kopiah yang baru. Wahh sekali mencuba kita rasa mcm fed-up bila hasil tak menjadi. Memang saat tue dah kira putus asa. Dah tak nak buat lagi. Dua kali mencuba still tak berpuashati.. Percubaan yang seterusnya pun sama..  Finally result, ingin mencuba dan terus mencuba..

Okey see u again next entry..

Wednesday, August 17, 2011

Baby set 1

Headband

Beanie


OMG..Apa pendapat anda tentang set baby nie? Teruja? Tertarik? Jatuh cinta? Geram?
Hehehehheh mesti tak tahu nk cakap apakan sebab lawa sangat. Saya yang tukang buat pun dah tertarik dan geram + sayang nak lepaskan. 

First time buat set baby. Alhamdulillah menjadi seperti apa yang saya rancangkan. Tempahan siapa? Tak ada siapa pun saya buat sekadar untuk ready made aje. Saya memang suka buat ready made, boleh pelbagaikan pattern dan secara tak langsung dapat try pattern yang baru.. (tapi kadang2 tue ada gak pattern yang syok sendiri). Bila ada orang order mulakan mulalah mengelabah sebab pattern main hentam aje. Rasanya bukan saya seorang berkeadaan macam nie, saya percaya ada yang macam saya. Pattern syok sendiri. Bila orang nak minta pattern bukan kedekut nak bagi tapi tak tahu nak explain macamn.

Okeylah kita jumpa next entry. Sorylah laterly jarang update blog. Buzy siapkan order. Minggu ni, minggu akhir pos barang. So, mahu tak mahu terpaksa pulun siapkan order. Kalau tak pos minggu nie, alamatnya tak sampailah barang yang di pos before raya.

Thursday, August 11, 2011

Crochet: Beanie V-stitch


Try pattern baru lagi.. kali nie menggunakan teknik v-stitch plak.
Senang aje nak mengaplikasikan teknik v-stitch.
Mybe next time saya boleh try teknik nie lagi bukan sahaja utk topi but for other.

Monday, August 8, 2011

Headband+topi


Wahhh lama sungguh saya bertapa sampai blog kesayangan saya nie terabai. Terabai bukan bermaksud saya langsung tak peduli, peduli just tak tulis entry terbaru. Setelah seminggu berpuasa baru hari nie saya ada 'mood' nk menulis entry. Selalunya bila bukak laptop just singgah blog nie, kendian lepak dkt fb and ada minat terbaru main game di fb. Tak tahulah mcmn saya boleh terjebak nak main game..Hehehehheheh dah terjebak alamatnya akan sentiasa le ketagih..So setelah seminggu berpuasa harap2 semuanya 'ok' dalam menjalani ibadat yang dituntut oleh Allah SWT. Rasanya tak terlambat saya nak mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menambahkan pahala.. Pada yang menempah dengan saya, InsyaAllah minggu nie saya akan berusaha menyiapkan tempahan anda semua...

Dalam masa pertapaan saya dari update blog, saya berjaya menyiapkan beberapa set baby..Nanti saya update kemudian set baby yang berjaya saya siapkan. Cuma dalam entry kali nie saya nak share beberapa headband dan topi yang saya siapkan. Sebenarnya semua topi dan headband nie dah selamat dijual. Semuanya saya letak di uptown danau kota. (mana taknya saya letak bulan lepas, baru hari nie saya nk upload di blog).. Ada lagi keluaran terbaru saya letak semalam, just wait..nanti saya update kemudian.
Wah banyak nie saya nak kena update.. Nak update senang, tak jadi masalah. Cuma nak bercerita bla bla bla n bla bla tue yang ada malas skit. (macam le saya ni ramah sangat). Okey untuk hari ini saya dah habis nak bercerita..just layan ajelah ek gambar2 dekat bawah ni.



Untuk yang berkenan boleh menempah. Saya tempekkan kod topi bagi memudahkan pihak saya dan anda.



CH029


CH028

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails