Followers

Wednesday, December 29, 2010

Puteri Katak



Puteri2 katak ni sebenarnya dah ada tuan. 2 ekor katak nie akan masuk kat HKL bukan sebab sakit tapi nak jumpa tuan baru dorang. Order dari kawan mak. Nie sebenarnya adalah percubaan saya kali ketiga dan keempat. Yang pertama dan kedua tak sempat nak upload sebab dah kena sambar.. Ingat just nak buat sample aje. Memang cute sangat boleh buat key-chain or hp strap. Kalau sesiapa nak cuba buat boleh dapatkan pattern kat sini. Thank a lot kat Sue sebab sudi share pattern nie. Tak sempat nak join GA sebab ada masalah dengan camera. Ok kepada yang berminat boleh order dengan saya ye....

Tuesday, December 28, 2010

Crochet: Doily


Alhamdulillah dalam kesibukan menyiapkan tempahan baju kurung, saya masih berjaya mencuri masa menyiapkan doily daripada crochet. Semuanya berlaku secara tak sengaja. Dalam kesibukan mengemas buku2 craft yang dah lama tak susun, saya terbelek fail yang mengandungi pattern-pattern crochet kepunyaan mak saya. Dalam banyak2 pattern saya boleh tertarik dengan pattern nie. Tak tahulah kenapa hari tue saya boleh tertarik pattern nie, padalah bukan tak pernah saya cari pattern kat dalam fail nie. Mungkin dah jodoh saya, nak mengait design nie. Besar keseluhan pattern nie, 19inci x 19 inci. Tak adalah besar sangat. Sangat sesuai untuk meja kopi yang kecik.


Friday, December 24, 2010

Boleh makan ke donut2 nie?

Lama dah saya siapkan donut2 nie semua. 
Masa saje yang tak mengizinkan saya nak upload..



pin cushion
key chain
hp charm

Untuk pertanyaan or sebarang tempahan boleh hubungi saya di
halizda@gmail.com.

Tempahan baju.. Siap sudah

Alhamdulillah siap sudah antara tempahan baju yang aku terima. 2 helai baju sekolah, alter baju sekolah dan sepasang baju kurung mata lalat berpiping/list. Atas kelewatan aku menyiapkan tempahan aku menghadiahkan penanda buku kepada 2 orang customer aku. Dapat juga aku memperkenalkan label dan blog aku nie. Harap2 mereka berpuas hati hasil jahitan aku.



Monday, December 20, 2010

Ribu-ribu manik


 Dah lama rasanya saya tak tulis apa-apa dalam blog kesayangan saya nie mengenai manik. Dan dah lama rasanya saya tak menjahit manik. Nie adalah projek manik yang terakhir yang berjaya saya siapkan. Yang dalam senarai terbengkalai pun ada gak.

Macam manik pada baju nie, sebenarnya dah beberapa kali terbengkalai. baju nie sebenarnya baju raya saya tahun lepas. Tapi pada masa raya tue, saya hanya berjaya jahit manik pada lengan baju aje. Tak sempat nak jahit sebab sibuk dengan tempahan baju. So selepas raya tahun nie, barulah saya berjaya menyudahkan keseluruhan design yang saya idam-idamkan sejak dari dulu lagi. Saya jatuh hati dengan design nie, sejak kali pertama tengok kat blog Nora Manik. Design nie dipanggil Shimming Flora. Tapi bila dapat kat saya, saya ubah nama. Jadilah design ribu-biru manik. Saya tak tiru design otai2 manik just ambik inspirasi dari rekaan manik mereka yang telah otai. Lagipun saya tak pernah ambik kursus jahitan manik. Cuma kalau ada rezeki saya nak ambik kelas jahitan manik crumble.





Inilah saya tuan punya blog nie. Saje kali nie nak glamor2 skit. Tengok cantik tak baju yang saya pakai? Sempatlah melaram masa jamuan open house kat tempat saya keja. Opps tempat lama saya mencari rezeki. Sekarang dah jadi penunggu setia dekat rumah. Saje tayang gambar nie, nak bagi tau saya menang tempat pertama menganyam ketupat menggunakan daun kelapa muda.

Amacam tertarik tak dengan hasil jahitan saya. Kalau berkenan boleh jahit sendiri, kalau tak tahu boleh tempah dengan saya.

Tuesday, December 14, 2010

Crochet Flower Hair Clip



Price: RM 3 each
Type: Snap Clip

Kepada sesiapa yang berminat boleh email kepada saya
halizda@gmail.com

Friday, December 10, 2010

Crochet Flower Hair Clip



Layan aje le...
Saya pun tak ada idea nak taip apa.
Haa tetiba plak buntu.

Price: RM 3 each
Type: Alligator Plastic Clip

Ok, kepada sesiapa yang berminat boleh email kat saya
halizda@gmail.com

Thursday, December 9, 2010

Crochet Booties; Comelnya....


Comel tak booties nie? 
Comel giler.  Saya sendiri pun geram.
Saya beli dekat SOGO.
Eh, tak adalah. Saya buat sendirilah.
Penat tau saya kait tapi sedap-sedap plak kata saya beli kat SOGO.

Saya  rasa baby yg baru lahir pun tak muat nak pakai booties crochet nie.
Nak tahu kenapa? Sebabnya.....
Panjang: 7 cm
Lebar: 4 cm

Rasa-rasanya baby muat tak nak pakai? 
Kalau tak muat pun tak apa.
Sebab saya nak buat key-chain aje booties crochet nie.
Mesti comel dan unikkan key-chain saya nie.
Saya tak pernah jumpa lagi key-chain kasut daripada crochet. 
Tapi key-chain kasut dah biasa sangat jumpa.
Ada yang kelakar tue, saya pernah dengar ada orang pernah beli kasut crocs saiz baby sebab nak buat key-chain.
Semuanya pasal tertarik dengan kecomelan kasut baby.
Kadang-kadang memang pelik minat dan hobi seseorang.
Tapi saya percaya ada diluar sana yang kumpul keychain kasut.


Layan aje gambar.
Kalau nak komen saya tersangat-sangat mengalukan.

Friday, December 3, 2010

Tempahan dari Cik Ila

Tempahan dari Cik Ila..

2 layers flower with leaf


100 pieces leaf. Cik ila mmg mintak jangan di potong lebihan benang. Katanya senang kalau dia nak jahit. Apalah agaknay projek Cik Ila kita nie ek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails