Followers

Sunday, September 12, 2010

Sepasang baju kurung sulam riben


Salam,
Selamat Hari Raya Aidilfitri pembuka bicara saya kali ini. Rasanya sudah sebulan lebih saya tak menulis apa2 entry dalam blog saya nie. Maaf dipinta kepada rakan2 yang mengunjungi blog saya kerana tiada entry terbaru dari saya. Puasa kali nie, saya begitu sibuk menyiapkan tempahan baju raya dan telah kehilangan opah kerana sakit tua. Alhamdulillah saya berjaya mengharungi semua dugaan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.


Entry kali nie, saya nak share baju yang paling saya suka tempahan dari kawan emak saya. Baju nie disulam dengan reben datangnya dari Indonesia. Sangat cantik tapi sayang sebab kain tak cukup untuk dijahit sepasang baju kurung moden. Terpaksalah tuan punya badan mencari kain lain untuk bahagian kain... Susah jugakkan bile kita beli kain dan akhirnya kain tersebut tak cukup untuk sepasang baju. Tapi rasanya kalau untuk jahit baju kurung sure cukup punya..


Wah, cantikkan setalah siap dijahit. Mesti vogue le tuan punya baju nie di pagi raya. .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails