Followers

Monday, August 2, 2010

Boleh ke saya lalui tanpa mereka semua?




Ini adalah sebahagian daripada anak2 yang saya asuh dan didik setiap hari. Hari2 melayan anak2 kecil nie bermain, belajar, makan, mandi dan tengok tv. Dah seminggu berlalu, taska tempat saya keje ditutup atas sebab kes kuku, tangan dan mulut. Rindu sangat kat dorang nie semua. Ada antara mereka saya telah asuh, didik, belai dan jaga sejak sejak setahun yang lalu. Pelbagai pengalaman suka dan duka saya tempoh dengan mereka.

Sekarang saya terpasa akui, patutle ibu2 suka menghabiskan masa dengan anak2 mereka. Sebab katanya bile tengok muka anak hilang segala masalah. Tengok mereka tersenyum, ketawa, menangis, bergaduh, bermain dan bercakap dengan rakan sebaya kadang2 boleh membuatkan kita tersenyum sedirian melihat aksi dan gelagat mereka. Macam saya kadang2 datang keje memang tak ada mood. Elok2 nak pergi keje ada mood bila tunggu bas lambat datang, mulalah mood aku berubah. Dari OK terus KO. Tapi kejap aje, bile budak2 dah sampai bermulalah tugas saya melayan, mendidik, mengasuh dan tugas extra menyakat mereka. Bagi saya menyakat mmg perkara wajib akan saya lakukan. Selagi mereka tak nangis selagi tuelah saya takakan berpuas hati. Bile dorang dah nangis lagi kuatlah saya menyakat. Bile dah lama skit barulah saya pujuk dan peluk mereka. Teknik nie memang berkesan untuk mengeratkan lagi perhubungan saya dengan dorang.

Hari ini saya dah taip surat resign. Saya terpaksa meninggalkan anak2 yang saya sayang sebab kontrak saya tak dapat disambung lagi. Lagipun dah 3 bulan saya keje tak dapat gaji sebab tunggu rayuan saya disambung kontrak. Akhirnya dengan berat hati saya terpaksa melangkah pergi demi masa depan saya. Buat anak2 ku sekalian, Irfan, Irsyad, Shazleena, Dareena, Fatin, Ahmad, Emelda, Jian, Haziq, Odi, Adilla, Amir, Dania dan Qaseh Teacher Ila doakan kawan2 semua menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Ingatlah jangan jadi anak derhaka dan ingatlah Allah selalu. Amin.

Sayangnya saya kepada mereka ( anak2 PERMATA ), saya telah wujudkan satu blog yang khas untuk pendidikan awal kanak2. Segala gambar aktiviti yang berada dalam koleksi, akan saya muat turut dalam blog tersebut. Selama 2 tahun 4 bulan saya berkhidmat dengan anak2 yang berumur 1-4 tahun membuatkan saya berminat untuk mendalami ilmu dalam pendidikan awal  kanak-kanak. Saya juga menanam impian untuk membuka taska dan ada sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak satu hari nanti. InsyaAlah.

Sunday, August 1, 2010

Sulaman Reben: Ok Tak Kalau Saya Buat Hp Case?



Projek yang saya paparkan kat sini kali ini sebenar2nya projek lama. Still sampai sekrang pending sebab saya tak tahu nak hasilkan apa. Saje je masa tue nak buat Sulaman Reben sebab semangat berkobar2 baru saje sertai bengkel Sulaman Reben dengan orang kuat Pnn Ann. Kain yang saya gunakan adalah cebisan kain langsir. Memang kurang sesuai nak buat RE sbb kainnya kurang berkualiti mudah pecah.
So ada apa2 cadangan saya nak buat apa dengan RE yang dah siap nie.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails