Followers

Monday, November 29, 2010

Bestnya kalau dapat beli buku nie

Semalam singgah kat MPH Mid Valley terjumpa le buku "100 Flowers to knit & crochet". Buku nie memang best sebab ada banyak pattern bunga dan daun. Memang sangat teruja tengok bermacam-macam jenis bunga yang cantik2 dan warna warni. Rasa macam berada kat taman plak tengok bunga2 yang sedang kembang mekar. Kalau ikutkan hati nak sangat sambar buku nie, tapi bila tengok harga buku mencecah RM80++ hanya telan air liur ajelah. Tak mampu akak nak beli. Kan best kalau ada buku terbitan dari Malaysia. Tentu harganya tak adalah mahal sangat. Saya kalau harga dia ok, memang terus sambar aje. Tentang buku saya memang tak berkira sangat. Beli, baca dan habis baca terus simpan kat rak buku.




 Nie adalah sebahagian bunga yang terdapat kat dalam buku nie. Gambar saya ambik dari google. Amacam kawan2 geram tak tengok bunga2 tue. Rasa macam nak ambik benang dan jarum terus crochet. Harap-harap adalah insan2 yang baik hati share pattern nie kat internet. Bolehlah kita cuba buat..

Thursday, November 25, 2010

Crochet Shell Headband

Crochet headband lagi. Tapi kali nie saya pilih headband pattern shell. Pattern  yang berbeza dengan headband yang pernah saya hasilkan.




Round 1
Round 2
Round 3 - Finish
Add Flower

100% Handmade
Suitable for adult, toodler, baby.

Monday, November 22, 2010

Amigurumi Hearts


Amigurumi saya yang first yang menjadi. Bukan senang rupanya nak membuat amigurumi nie. Kalau tak ada kesabaran dan ketekunan memang sah2 fail. Saya pun dah beberapa kali give-up. Sebenarnya warna merah (belah kanan) amigurumi yang saya buat dulu. Tapi terbengkalai sebab saya dah fed-up. Kendian saya try lagi dengan benang warna lain (belah kiri). Alhamdulillah berjaya. Rasa macam nak menangis nak menyiapkan amigurumi heart nie. Menangis sebab suka sangat dah siap dan menangis sebab geram salah bilangan sc. Pengajaran yang saya dapat, jangan sesekali malas nak kira balik sc yang dah kita kait. Klu salah terpaksa le kita bukak balik. Tapi kalau kita dah mahir, kita boleh adjust balik. Hehehheheheh.... 

 Mana saya dapat pattern amigurumi hearts nie? Saya pun dah lupa kat mana saya copy. Tak susah pun nak cari just minta tolong kat google. Besarnya amigurumi hearts nie,
Panjang : 11 cm
Tinggi : 8 cm
Lebar : 4 cm




 Cik rama-rama nie saja letak, nampak le berseri sikit. Kalau tak rasa macam kosong aje. Macam gambar kat bawah ni. Mana yang anda berkenan hearts yang kat atas atau yang kat bawah?




So kepada sesiapa yang berkenan boleh le order dengan saya. Kalau nak oder rama-rama aje pun boleh. 
email : halizda@gmail.com
or
tinggalkan pesan dekat ruangan komen.

Friday, November 19, 2010

Crochet Brooch

2 layer flowers
3 layer flowers
4 layer flowers
Sebahagian daripada crochet brooch yang telah saya siapkan sepanjang cuti panjang saya di rumah. Dan saya harap selepas ini, saya dapat buat sepit rambut plak dan bunganya daripada crochet. Mesti cantik apabila kanak-kanak yang comel mengayakan sepit rambut daripada bunga crochet. (Alamak saya dah mula berangan). Harap-harap impian saya akan menjadi kenyataan. 

Okey kepada sesiapa yang berkenan nak dapatkan brooch di atas boleh hubungi saya di halizda@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah.

Tuesday, November 16, 2010

Ros oh ros


Ros oh ros. Hari ini saya telah berjaya menyiapkan 12 kuntum bunga ros dari pelbagai warna. Sangat teruja nak menyiapkan ros2 nie. Bukan apa sebab dah beberapa kali membuat percubaan mengait ikut pattern yg di beri tapi still tak berjaya. Tapi alhamdullilah berkat kesabaran dan mendalami lagi ilmu membaca pattern akhirnya saya berjaya juga menghasilkan bunga ros.

Dalam asyik mengait bunga-bunga ros nie, saya dapat ilham nak jadikan brooch bunga ros nie sebagai cenderahati untuk majlis perkahwinan or apa2 majlis yang family saya akan adakan di masa akan datang. InsyaAllah. Bukan saja begitu unik dan lain dari cenderahati yang selalu kita dapat tapi boleh digunakan oleh para tetamu nanti. Boleh digayakan pada handbag, headband, brooch pada baju, bootish or boleh juga pada topi. Semuanya boleh.

Dapat ilham? Kepada yang masih tercari-cari lagi cenderahati untuk majlis anda, saya suggestkan brooch dari crochet. Lain daripada lain. Kepada yang pandai bercrochet, boleh buat sendiri dan kepada yang tak pandai boleh menempah dari saya. Pilihan warna terletak kepada anda. Boleh pilih sendiri.



Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di:
halizda@gmail.com
ataupun
tinggalkan pertanyaan anda diruangan komen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails