Followers

Saturday, March 13, 2010

RE - Hadiah Kawin Ain

Salam,
Hari ni saya nak share dengan kawan2 semua hasil kerja tangan saya yang terbaru. Sulaman Reben kali nie saya buat khas untuk sepupu saya yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Oleh kerana saya tak dapat hadir atas sebab kekurangan staff saya hasilkan sulaman reben nie sebagai ganti. Semalaman saya bertungkus lumus menyiapkan RE nie. Memang ambik masa skit nak jihit sebab saya menggunakan kertas.
Perlu lebih berhati-hati kerana dikhuatiri kertas akan terkoyak. Lagi2 macam saya nie masih beginner dalam RE dan dah lama tinggalkan RE. Berpeluh jugak le nak siapkan. Nampaknye saya kenalah berjinak2 kembali dengan RE supaya tak lupa dan hasil jahitan bertambah kemas dan cantik.


Tanpa frame

Dengan Frame

Saya kurang berpuas hari dengan hasil kali nie. Nampak macam kosong sangat dan tak berseri. Lagipun ruang2 kosong di antara bunga2 ros jelas kelihatan. Kalau diberi masa lagi, saya nak tambah lagi kudup bunga  ros, daun dan fresh not. Tapi apa nak buat, hadiah dah sampai ke Kedah. Mungkin kali ini, saya lakukan mistake. Tutup buku, lain kali jangan buat lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails