Followers

Tuesday, July 6, 2010

Manik: Jalinan 2 Rasa

Salam,
Lama sangat rasanya saya tak send apa2 mengenai aktiviti jahitan. Bukannya tak ada projek cuma tak ada kesempatan nak upload kat sini. Almaklum le bab nak edit gambar ni saya masih dalam proses pembelajaran lagi. Kalau tak edit rasa tak cantik plak. Lagipun saiz gambar besar.

Dalam sebulan ini, saya banyak meluangkan masa dengan menjahit baju kurung tempahan dan juga baju kurung untuk kegunaan sendiri. Kali ini saya just nak tunjuk baju kurung saya jahit untuk kegunaan saya sendiri. Kali ini baju kurung ini saya tak jahit dengan corak sulaman mesin di tangan dan di  kaki badan. Sebab yang paling utama kerana saya nak jahit manik kat lengan tangan. Saja nak melaram skit sebab nak pakai masa majlis  tunang bakal adik ipar. Tak boleh nak over2 lip lap takut terlebih bergaya daripada bakal pengantin. Lagipun baju ni nanti saya nak pakai ke tempat kerja. Saya kerja dengan budak2 jadi tak sesuai le nak melaram sangat. Leher baju saya still kekalkan dengan menjahit menggunakan teknik jahitan mata lalat. Lepas ini saya nak try teknik lain plak dekat baju saya yang akan datang.





Saya dapat ilham nak jahit design ini, bila tengok kat baju salah seorang member. Designnya very simple dan hanya menggunakan 2 warna. Sekali aje saya tengok terus jatuh cinta dengan design ini dan nak cuba jahit. So kawan2 semua boleh le tiru design ini..Terutama kepada yang beginner mmg boleh sangat nak jahit.

3 comments:

  1. dari jauh jahitan mata lalat tu macam sama je dengan jahitan karipap, boleh tunjukkan berbezaan nyer? or dengan tutotial sekali. makasih.

    ReplyDelete
  2. cara jahitan karipap ngan mata lalat memamg sama yang membezakan cuma berapa bilangan lilitan kat jarum. tue sahaja. kalau mata lalat saya lilit 3kali manakala untuk karipap saya lilit 5kali.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails