Followers

Tuesday, July 27, 2010

Tutorial: Mata Lalat Bermanik



Salam,
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana nak jahit mata lalat bermanik. 

Bahan-bahan:
Jarum
Benang mengikut warna baju/bunga
Manik/kristal

Langkah-langkah:

1. Jahitan mata lalat bermanik menggunakan 4 lembar benang. Terbalikkan baju dan pastikan bahagian belakang baju menghadap kita. Mulakan jahitan dengan mencucuk jarum di bawah pelabik leher.

2. Tarik jarum keluar dari kain dan cucuk kembali jarum di sebelah kiri. 

3. Lilitkan benang sebanyak 2kali di jarum.

4. Tangan kanan menahan benang di kain, manakala tangan kiri menarik jarum. Tarik sehingga kemas dan ketat.

5. Selepas itu, masukkan manik/kristal.

6. Tangan kiri menahan manik/kristal manakala tangan memasukkan jarum ke dalam kain dan bersebelahan dengan manik/kristal tadi.

7. Lilit sebanyak 2 kali pada jarum. Pastikan jarak setiap mata lalat adalah sama bagi menjaga kekemasan dan ketelitian.

p/s: Pada anda diluar sana, saya harap anda dapat mencuba tutorial yang diberikan. Setiap kemusykilan yang timbul anda boleh kemukakan kepada saya.



2 comments:

  1. Menarik tutorial ni.... sy nak cuba.

    ReplyDelete
  2. jangan lupa nak cuba. kalau still tak faham boleh tanya saya.. saya nie bukan pakar tapi bolehle klu nak membantu. kalau awak dah biasa jahit mata lalat memang tak ada masalah langsung...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails