Followers

Monday, August 2, 2010

Boleh ke saya lalui tanpa mereka semua?




Ini adalah sebahagian daripada anak2 yang saya asuh dan didik setiap hari. Hari2 melayan anak2 kecil nie bermain, belajar, makan, mandi dan tengok tv. Dah seminggu berlalu, taska tempat saya keje ditutup atas sebab kes kuku, tangan dan mulut. Rindu sangat kat dorang nie semua. Ada antara mereka saya telah asuh, didik, belai dan jaga sejak sejak setahun yang lalu. Pelbagai pengalaman suka dan duka saya tempoh dengan mereka.

Sekarang saya terpasa akui, patutle ibu2 suka menghabiskan masa dengan anak2 mereka. Sebab katanya bile tengok muka anak hilang segala masalah. Tengok mereka tersenyum, ketawa, menangis, bergaduh, bermain dan bercakap dengan rakan sebaya kadang2 boleh membuatkan kita tersenyum sedirian melihat aksi dan gelagat mereka. Macam saya kadang2 datang keje memang tak ada mood. Elok2 nak pergi keje ada mood bila tunggu bas lambat datang, mulalah mood aku berubah. Dari OK terus KO. Tapi kejap aje, bile budak2 dah sampai bermulalah tugas saya melayan, mendidik, mengasuh dan tugas extra menyakat mereka. Bagi saya menyakat mmg perkara wajib akan saya lakukan. Selagi mereka tak nangis selagi tuelah saya takakan berpuas hati. Bile dorang dah nangis lagi kuatlah saya menyakat. Bile dah lama skit barulah saya pujuk dan peluk mereka. Teknik nie memang berkesan untuk mengeratkan lagi perhubungan saya dengan dorang.

Hari ini saya dah taip surat resign. Saya terpaksa meninggalkan anak2 yang saya sayang sebab kontrak saya tak dapat disambung lagi. Lagipun dah 3 bulan saya keje tak dapat gaji sebab tunggu rayuan saya disambung kontrak. Akhirnya dengan berat hati saya terpaksa melangkah pergi demi masa depan saya. Buat anak2 ku sekalian, Irfan, Irsyad, Shazleena, Dareena, Fatin, Ahmad, Emelda, Jian, Haziq, Odi, Adilla, Amir, Dania dan Qaseh Teacher Ila doakan kawan2 semua menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Ingatlah jangan jadi anak derhaka dan ingatlah Allah selalu. Amin.

Sayangnya saya kepada mereka ( anak2 PERMATA ), saya telah wujudkan satu blog yang khas untuk pendidikan awal kanak2. Segala gambar aktiviti yang berada dalam koleksi, akan saya muat turut dalam blog tersebut. Selama 2 tahun 4 bulan saya berkhidmat dengan anak2 yang berumur 1-4 tahun membuatkan saya berminat untuk mendalami ilmu dalam pendidikan awal  kanak-kanak. Saya juga menanam impian untuk membuka taska dan ada sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak satu hari nanti. InsyaAlah.

6 comments:

  1. sedeynye. mesti anak2 tu rindukan pengasuhnyer

    ReplyDelete
  2. jangan la menyakat banyak sangat yer..kesian budak-budak tu, nangis pulak..

    ReplyDelete
  3. tahniah...sumbangan anda amat bermakna...

    ReplyDelete
  4. salam halizda....oooo cikgu rupanya! cikgu yg pandai menyulam.... ciktie pun pernah berpengalaman mengajar dan mengasuh anak2 kecil ni. dah ada sijil2 yg berkaitan...dan sekarang hanya apply pd anak2 sendiri dirumah...! seronok. nanti bolehlah kita tukar2 pendapat ye....

    ReplyDelete
  5. sedihnye bile terpakse berpisah ngan anak2 kecil, memang tau hidup akan sedikit sunyi tanpe gelak tawa kanak2.

    sabar n tabah selalu k =)

    ReplyDelete
  6. terima kasih kepada kawan2 semua yang bagi semangat kat saya. Alhamdulillah kontrak sy di sambung sehingga penghujung bulan oktober. Selepas tue mmg saya nekad akan tinggalkan anak2 kesayangan saya. Dalam masa terdekat nie yang akan servey cari kj kosong.. Kalau ada sesiapa yang boleh bantu saya, bagi tau le klu ada keje kosong.
    Dalam pada tue, saya betul2 nak serius dengan kraf. Nak memantapkan lagi kemahiran2 yang ada. mana tahu ada rezeki saya boleh jadi tokey plak. InsyaAllah....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails