Followers

Saturday, November 13, 2010

Jom Lebatkan Rambut dengan Petua Tradisi

1) Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu,sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam.Kemudian baru dicuci.Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.


2) Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi.Kacau rata dan simpan semalaman.Keesokan harinya,sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam.Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu. 


3) Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.


4) ) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air.Biarkan sehingga lendirnya keluar.Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.Bersihkan rambut dengan air sejuk.Amalkan dua hari sekali.


5) rendamkan sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis di dalam secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan pada waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu bilas dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails