Followers

Tuesday, May 11, 2010

25 perkara yang kita boleh lakukan untuk menambah pendapatan


Salam,
Hari ni wang  menjadi satu keperluan yang sangat penting dalam hidup kita. Tanpa wang, kita akan merasakan dunia kita menjadi gelap dan kelam. Semua benda kita perlu beli dengan menggunakan wang. 

Sebelum nie saya ada berkongsi entry bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan. So seperti yang telah saya janjikan dulu, kali nie saya nak share tentang bagaimana kita boleh menambah pendapatan.
  1. melabur dalam hartanah
  2. menambahkan ilmu. Contoh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
  3. menjual barangan yang tidak diperlukan lagi. Contoh suratkhabar lama
  4. menyewa bilik yang tidak digunakan
  5. melakukan kerja sampingan
  6. menyertai syaraikat jualan langsung (MLM)
  7. memulakan perniagaan
  8. belajar bagaimana untuk menjual
  9. menjana wang di internet. contoh dengan blogging
  10. dapatkan kenaikkan gaji atau pekerjaan kedua
  11. mengubah cara kita berfikir
  12. meningkatkan nilai diri kita
  13. mendapatkan kerja tambahan dengan melakukan OT
  14. dapatkan wang daripada badan kebajikan atau badan-badan bantuan jika kita sememangnya layak
  15. memasuki kelas/bengkel untuk mempelajari kemahiran tambahan
  16. beli syarikat kecil yang kukuh dan berjaya
  17. menyusun fengshui yang lebih baik di rumah atau pejabat kita
  18. mulakan blog' menjana wang' di internet
  19. malabur dalam komoditi
  20. jadikan syarikat kita syarikat awam
  21. kurangkan membayar cukai
  22. mempelajari dagangan mata wang asing (FOREX)
  23. melabur dalam unit amanah
  24. dapatkan tajaan atau bantuan daripada ahli keluarga jika berani... hehehehhe
  25. melabur dalam  saham
Amacam kali nie kalian setuju tak  dengan apa yang saya terbitkan kali nie. Jika bersetuju tidak salah sekiranya kalian mencuba dengan tip2 yang telah saya berikan nie.  Semua cadang2an nie saya ceduk daripada buku tulisan KCLAU  bertajuk  ' Tip2 kewangan  untuk rakyat malaysia.

Sunday, May 9, 2010

Apa perlu kita lakukan dalam mencari kerja


Pagi2 hujung minggu orang lain selalunya akan lepak2 kat atas katil. Tapi bagi saya plak lebih suka menghabiskan masa yang terluang dengan membaca. tak kira le baca novel, paper or buku. Hari nie saya berjaya menghabiskan baca buku bertajuk 'Buat Jangan Tak Buat' karya Dr. Hm. Tuah Iskandar al-Haj. Saya suka sangat baca buku karyaDr. Hm. Tuah. Especially billa saya ada masalah atau motivasi saya menurun. Bagi saya membaca buku karya Dr. Hm. Tuah membuatkan jiwa saya bertambah bersemangat. Contohnya sekrang saya ditimba masalah bila kontrak saya bekerja hampir tamat. Saya memang berada dalam keadaan kecelaruan. Mana nak memikirkan kerja, hutang dan anak2 didik yang telah saya asuh selama setahun setengah terpaksa saya tinggalkan. Saya tak sangka plak dalam buku nie Dr. Hm. Tuah ada memberikan saya  jawapan apa yang saya cari. Untuk membantu saya mencari kerja, saya perlu le:

  • lakukan solat hajat setiap malam
  • mohonlah kepada Allah apa2 yang dihajatkan itu tercapai
  • apabila baca surah Yassin, niatkan juga spy mudah mendapat kerja
  • lakukan juga solat  Dhuha sbb solat nie membuka pintu  rezeki.

So, kepada rakan2 yang sedang susah hati sbb tak dapat kerja, selain kita berusaha surf internet, tgk iklan dalam paper, hantar resume dan interview, kita juga perlule banyakkan berdoa kepada yang maha Esa. Harapan saya dengan berkongsi ilmu ini dengan rakan2 dapat le mengurangkan tekanan kepada kalian menghadapi dugaan hidup. Doakan juga semoga saya lekas dapat kerja. AMIN.

Saturday, May 8, 2010

Apa hadiah Hari Ibu yang kita boleh buat sendiri

Sempena hari ibu esok, saya nak share le dengan rakan2 sekalian hadiah yang boleh kita buat sendiri untuk ibu kita tersayang.
Origami Tulip Card

Cantik tak origami tulip card nie. Ok, klu kawan2 berkenan sangat, boleh le cuba buat origami tulip card nie. Langkah2 nak mbuatnya pun tak rumit. Sangat mudah untuk di ikuti.


Flower Card for Mom


Nie pun card jugak. Klu kawan berkenan boleh jenguk kat sini.


Felt Dahlia Flower Brooch

Cantik tak brooch nie? Rasanya kat pasaran saya tak jumpa lagi. So, apa kata kawan2 semua terutama yang perempuan hadiahkan brooch ni kat ibu kita. Boleh di sematkan kat baju atau pun kat beg. Untuk maklumat lanjut just klik kat sini.


P/s : Nanti klu dah berjaya hasilkan hadiah seperti di atas  nie jangan segan2 info kat saya. 

Betul ke ini gambar kawin Rozita Che Wan?


Saya dapat gambar kawin Rozita Che Wan nie dari sini. Menurut laman web tersebut, gambar kawin nie masa Rozita Che Wan kawin dengan suami pertama beliau. Untuk kepastian kawan2 boleh surf kat laman web tersebut.

Saturday, May 1, 2010

Bagaimana kita boleh menaikkan berat badan

Salam,
Tentu kawan2 semua pelik bile baca entry saya kali nie. Selalunya kita sibuk mendengar tentang mereka yang nak menurunkan berat badan.Tapi kita juga jangan terleka ada juga golongan yang berusaha untuk menambahkan berat badan. Mereka2 yang tergolongan dalam golongan tersebut termasuk le saya sendiri. Tiada siapa yang inginkan badan yang terlalu kurus seperti watak kartun Olive Oyl si buah hati Popeye. Di sini saya ingin berkongi dengan kawan2 semua supaya kita sama2 dapat menambahkan berat badan kita.

  • Makan makanan yang berkalori tinggi
Lebihkan memakan makanan berkalori 500-1000kcal dalam setiap sajian makanan.

  • Makan makanan berkarbohidrat tinggi
Contoh makanan adalah nasi lemak. Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi adalah seperti minyak enjin kepada badan

  • Makan mengikut jadual
Makan dengan sukatan yg besar sekurang2nya 3kali sehari berserta dengan snek yang berkalori tinggi seperti karipap di antara watu makan.Kita juga perlu makan selalu dan jangan mengabaikan waktu makan. (Ni mmg susah saya nak buat)

  • Makan lebih daging merah
Daging merah seperti daging lembu mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot2.

  • Makan dan berehat secukupnya
Pastikan kita mendapat rehat dan tidur yang secukupnya sekurang2nya 6-8jam. Ini penting supaya kita tidak terus membakar kalori jika kurang mendapat rehat.

  • Minum jus buah-buahan dan susu
Cuba gantikan pengambilan minuman manis dengan meminum jus buah-buahan. Selain membekalkan kalori ia juga mengandungi banyak vitamin.

  • Bersenam untuk membina otot2
Kita boleh mencuba senaman angkat berat, tekan tubi untuk membina otot2. Senaman2 seperti ini memberi stimulasi otot2 untuk dibina dan tidak hanya kepada berlemak. Selesai bersenam digalakkan minum minuman berkalori tinggi untuk mengantikan kalori yang telah hilang.

  • Belajar untuk mengurangkan tekanan
Tekanan atau stress adalah menjadi punca mengapa kita hilang selera makan. (YES, ni memang saya sokong)
So kita perlu le belajar untuk mengatasi dan mengurangkan stress.

  • Mengawal berat badan
Jangan terlalu fanatik dengan penimbang berat. Cukup le sekadar seminggu sekali kita timbang berat badan kita.

Ok sekian dulu daripada saya. Nanti ada masa dan kelapangan saya kongsikan lagi punca mengapa berlakunya kekurangan berat badan.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails