Followers

Tuesday, May 11, 2010

25 perkara yang kita boleh lakukan untuk menambah pendapatan


Salam,
Hari ni wang  menjadi satu keperluan yang sangat penting dalam hidup kita. Tanpa wang, kita akan merasakan dunia kita menjadi gelap dan kelam. Semua benda kita perlu beli dengan menggunakan wang. 

Sebelum nie saya ada berkongsi entry bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan. So seperti yang telah saya janjikan dulu, kali nie saya nak share tentang bagaimana kita boleh menambah pendapatan.
  1. melabur dalam hartanah
  2. menambahkan ilmu. Contoh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
  3. menjual barangan yang tidak diperlukan lagi. Contoh suratkhabar lama
  4. menyewa bilik yang tidak digunakan
  5. melakukan kerja sampingan
  6. menyertai syaraikat jualan langsung (MLM)
  7. memulakan perniagaan
  8. belajar bagaimana untuk menjual
  9. menjana wang di internet. contoh dengan blogging
  10. dapatkan kenaikkan gaji atau pekerjaan kedua
  11. mengubah cara kita berfikir
  12. meningkatkan nilai diri kita
  13. mendapatkan kerja tambahan dengan melakukan OT
  14. dapatkan wang daripada badan kebajikan atau badan-badan bantuan jika kita sememangnya layak
  15. memasuki kelas/bengkel untuk mempelajari kemahiran tambahan
  16. beli syarikat kecil yang kukuh dan berjaya
  17. menyusun fengshui yang lebih baik di rumah atau pejabat kita
  18. mulakan blog' menjana wang' di internet
  19. malabur dalam komoditi
  20. jadikan syarikat kita syarikat awam
  21. kurangkan membayar cukai
  22. mempelajari dagangan mata wang asing (FOREX)
  23. melabur dalam unit amanah
  24. dapatkan tajaan atau bantuan daripada ahli keluarga jika berani... hehehehhe
  25. melabur dalam  saham
Amacam kali nie kalian setuju tak  dengan apa yang saya terbitkan kali nie. Jika bersetuju tidak salah sekiranya kalian mencuba dengan tip2 yang telah saya berikan nie.  Semua cadang2an nie saya ceduk daripada buku tulisan KCLAU  bertajuk  ' Tip2 kewangan  untuk rakyat malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails