Followers

Tuesday, April 27, 2010

Bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan

Salam,
Kali nie saya tak nak berbicara mengenai craft tapi kali ni nak berkongsi bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan. Seperti yang kita sedia maklum, perbelanjaan kita semakin hari semakin bertambah. Bagi yang telah berkeluarga, pertambahan ahli keluarga bermakna bertambah juga le perbelanjaan seharian dan juga bulanan. Olegh itu saya menggalakkan rakan2 sekalian mencube sedikit sebanyak langkah2 yang saya paparkan di sini. Walaupun tidak banyak dapat dijimatkan tapi sekurang-kurangnya kita berusaha daripada menjadi terus menjadi hamba duit.

Tip kewangan bagaimana kita boleh mengurangkan perbelanjaan nie, dalah petikan daripada buku " Tip-tip kewangan untuk rakyat Malaysia" oleh KCLAU terbitan True Wealth Sdn Bhd. Dalam buku tersebut,  KCLAU mencadangkan supaya kita :
  1. Duduk di rumah sekerap mungkin
  2. Gunakan lampu jimat tenaga
  3. Kurangkan bercuti
  4. Batalkan langganan televisyen sekiranya kita memang yang jenis sibuk bekerja
  5. Seboleh mungkin jangan gunakan  telefon tetapi sebaliknya gunakan email sbb free
  6. Bandingkan harga sebelum membuat pembelian
  7. Pergi ke kedai hanya seminggu sekali
  8. Jangan pergi ke restoran ketika lapar krn risiko mengambil banyak lauk dan membazir
  9. Beli barangan dapur dalam kuantiti yang banyak 
  10. Jangan beli kereta/ jangan tukar kereta baru
  11. Berhenti pergi ke salon
  12. Minum air kosong sahaja apabila minum di luar. Boleh juga menjaga kesihatan
  13. Bertukar kepada jenama yang lebih murah
  14. Berhenti membeli belah
  15. Cari kupon diskaun
  16. Bawa bekal ke sekolah atau pejabat
  17. Jangan merokok
  18. Jangan minum arak
  19. Hadiri konsert jika ia adalah percuma cth konsert jom heboh
  20. Amalkan tabiat kesihatan yang baik
  21. Beli pakaian di penghujung musim
  22. Membeli belah di kedai diskaun
  23. Seboleh mungkin beli barangan terpakai
  24. Menaiki kenderaan awam
  25. Buat aksesori rumah sendiri
  26. Minta diskauan sebelum membayar
  27. Batalkan keahlian Gim
  28. Potong semua kad kreadit kecuali satu kad yang mempunyai had yang terendah
  29. Elakkan yuran-yuran bank yang tidak perlu
  30. Menulis blog kerana ia menghentikan semua jenis hiburan dalam hidup kita.
So, kepada rakan2 semua moga panduan yang saya paparkan ini dapat membantu kalian dalam menugurangkan perbelanjaan. Di ain masa dan ketika saya akan berkongsi bagaimana kita boleh meningkatkan pendapatan.Nantikan sahaja entry saya di lain masa dalam tip kewangan.

2 comments:

  1. betul tu..sejak berblog ni kan ..kurang dah nak g shopping mopping..seab kalu shopping selalunyer brg yang tak perlu jer yg kita beli kan?..

    ReplyDelete
  2. saya sokonggggggg....jom kita sama2 meriahkan dgn bloggging.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails