Followers

Thursday, June 10, 2010

Aiskrim oh aiskrim. Jom buat aiskrim




Salam,
Entry kali ini saya betul2 nak lari daripada bercerita tentang craf, blog, percintaan, kewangan ataupun kesihatan. Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana kita boleh membuat sendiri aiskrim di rumah. Saya cadangkan kepada mereka yang telah berkeluarga, saya galakkan membuat aktiviti ini bersama anak2 anda di rumah. Pasti anak2 kita teruja sebab dapat buat sendiri aiskrim. Saya dah try buat aiskrim ini dengan anak2 berumur 3 tahun. Apa yang dapat saya lihat, anak2 ini sangat seronok dan gembira. Anak 2 ini excited bercerita dengan parent mereka kerana telah  berjaya membuat sendiri aiskrim. Bagi yang masih bujang, saya galakkan anda membuat aiskrim ini bersama adik or ahli keluarga yang lain. Selain rasanya yang enak dan tahap kebersihan yang terjamin, kita juga dapat mengeratkan silatulrahim antara keluarga.
Saya berbesar hati nak share kat sini sebab bahan2nya sangat mudah.

Bahan-bahan:
1 cawan susu kotak perisa coklat or strawberi
1 cawan coffemate

Aturan:
1. Campurkan kedua2 bahan tersebut kedalam mesin pengisar. Kisar sehingga bahan-bahan ini sebati dan berbuih.
2. Selepas itu letakkan ke dalam peti ais sehingga beku.
3. Apabila telah beku, keluarkan dari peti ais dan kisar semula.
4. Apabila telah selesai, bekukan kembali kedalam peti ais.
5. Sedia untuk di nikmati setelah ia beku. Anda boleh hiasi dengan coklat urai atau buah strawberi.

Saya harap sangat anda semua mencubanya sendiri di rumah. Jom kita layan gambar-gambar tengok gelagat anak-anak berusia 3 tahun membuat aiskrim.

Kusyuk mendengar penerangan Teacher Yati

Alamak Irsyad sempat nak ngorat Shazleena

Irfan dengan Ahmad macam tak sabar-sabar nak makan

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails