Followers

Monday, August 22, 2011

Kopiah bernama


Testing-testing..Alhamdulillah berjaya juga menyiapkan tempahan kopiah bernama tempahan seorang teman lama Kak Yanie. Asalnya kak yanie merupakan salah seorang ibu kepada anak PERMATA tempat saya bertugas dahulu. Ada 4 kopiah tempahan dr kak yanie. 2 untuk si kembar HARRAZ dan HARRIZ dan 2 lagi untuk ADAM dan HASBI.

Ah rasa bangga sekejap sbb saya dapat mencuba ilmu yang baru. Kait kopiah dan kait huruf untuk membentuk nama. Hajat di hati memang dah lama sangat nak try mengait huruf2 tapi hajat selalu sahaja tak sampai atas kekangan masa dan peluang untuk mempelajari.. For those yang nak mempelajari bagaimana nak mengait huruf boleh rujuk di sini. TQ Amani sudi share this tutorial yang banyak membantu.. Percubaan kali nie, saya kurang berpuashati. Banyak lagi perkara yang perlu saya titik beratkan untuk meningkatkan lagi kekemasan.. Tak pe practice make prefect.. (kalau ikutkan hati malu nak upload my first kopiah nie. Malu pada yang dah otai).



Di sebabkan saya terajin, saya buatkan sekali headband bunga ros untuk si kakak NAWWAR sebagai free gift.. Nawwar nielah dulu di antara anak-anak PERMATA yang saya jaga. Comelkan si Nawwar nie. Masa ini dia berumur 5tahun. Gambar lama.. Sekarang mesti lagi comel...


Jangan tak tahu saya dapat lagi tempahan kopiah.. Hope yang akan datang saya dapat meningkatkan lagi kualiti dan try design2 kopiah yang baru. Wahh sekali mencuba kita rasa mcm fed-up bila hasil tak menjadi. Memang saat tue dah kira putus asa. Dah tak nak buat lagi. Dua kali mencuba still tak berpuashati.. Percubaan yang seterusnya pun sama..  Finally result, ingin mencuba dan terus mencuba..

Okey see u again next entry..

2 comments:

  1. wah tahniah akak...cubaan pertama yg impressive! keep it up, dan selamat berpuasa~ thanks jugak link kan blog saya kat sini..tq~

    ReplyDelete
  2. tq amani.... kena byk practice lagi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails