Followers

Friday, April 29, 2011

Summer Sun Hat


Topi saya kali nie design yang paling simple.. sudah ketandusan idea dan stock yard yang terhad.
So inilah dia hasil topi saya. Kalau nak bertambah menarik dan tertarik kawan2 boleh letak ribbon 

Thursday, April 28, 2011

PERHATIAN PENIAGA ONLINE

Hati2 ye kawan2 yang berniaga secara online. Pastikan anda check sama ada customer anda sudah bank in atau belum sebelum anda pos barang. Jangan percaya bulat2 walaupun mereka sertakan sekali bukti slip bank. sbb telah kecoh dekat FB ada sorang budak tue telah menipu mengatakan duit dah masuk dlm bank tp sebenarnya belum. So hati2 ye kawan2 semua jangan jadi mangsa PENIPUAN..

Dan kalau boleh pastikan setiap gambar craft anda ada watermark di BARANG bukan pada hujung gambar sbb ada orang letak gambar org lain dalam blog/ fb dan mengaku dorang yang buat. 

Katak lagi

Waduh2. Tengok le tue ada 2 ekor katak yang senang bersenang lenang bersantai dekat tepi tingkap. Apalah 2 ekor katak tue buat ek? OOOooo tunggu di packing untuk send pada adik Izzati. Penyabar betul adik Izzati ni.. Sanggup dia menunggu nak dapatkan froggy keychain nie sebab saya kehabisan stok warna benang seperti yang dia hendak. Kepada adik Izzati terima kasih atas kesabaran adik ketika berurusan dengan akak.


Wednesday, April 27, 2011

Bunga Ros dan headband


Ada sesiapa yang tertarik dengan headband bunga ros kat atas?
Jangan malu dan segan hendak mengakuinya. Memang cantik sangat.. Ada tak ala2 English style?
Saya memang tengah giler dengan bunga ros sekarang ini. Hari-hari mesti kait bunga ros.. Nasib benang warna pink saya tak banyak colour. Kalau tak rasanya semua colour pink saya kait bunga ros kendian susun ikut ton colour.. Pehhh mesti lawakan?? Aduss saya dah mula berangan-angan. Tapi tak jadi masalah boleh cuba. Cuma yang penting kena tambah stok benang warna pink.


Very2 hepy sbb page view blog saya untuk semalam dah cecah 100 orang. 

Tuesday, April 26, 2011

Shell Beanie



Cantik tak beanie saya kali ini? Comel dan so sweet kan. Cewah memuji untuk diri sendiri. Sebelum orang lain komen baik saya bagi kreadit untuk diri saya dulukan.. Tetiba sahaja saya menyukai bunga ros. Mungkin penangan warna pink membuatkan saya jadi penasaran dengan bunga ros. Kawan2 boleh dapat saksikan lepas ini memang banyak bunga ros yang saya buat.

Sunday, April 24, 2011

Ruffled Sun Hat


Percubaan kali pertama membuat ruffled hat. Sangat mengujakan. 
Mesti comelkan kalau gegirl yang pakai.
Tapi kalau mama gegirl yang nak pakai comel tak?
Saya menggunakan 2 teknik yang berbeza untuk setiap ruffled sun hat.


Wednesday, April 20, 2011

Beanie and headband






Start minggu lepas saya letak produk kaitan saya di kedai barangan baby di Bazar Larut Malam (Uptown) Danau Kota, Kuala Lumpur. Saya tak sangka rupanya produk kaitan mempunyai peminat dekat luar. Jangan tak percaya semua topi yang saya paparkan dalam entry kali nie dah habis dijual. Dan jangan tak percaya ramai yang bertanya bila stok baru akan sampai. Nampaknya minggu ini saya kena strunggle kait topi banyak2. Begitu juga dengan headband, saya kena tambah stok baru sbb ada yang sudah dijual. Bolehlah nanti saya letak dekat kedai tersebut. Alhamdulillah rezeki yang Allah berikan kepada saya. Tak sangka saya cuma nak try market. Dan tak sangka mendapat sambutan.

Saturday, April 16, 2011

Amigurumi: Penguin


Penguin2 nie semua tempahan dr Kak Zas. Katanya nak bagi dekat anak buat dia. Tentu anak buat kak zas seronok dapat penguin2 yang comel nie... Saya plak rasa sedih bila terpaksa berpisah dengan penguin2 nie semua. Seminggu lebih saya mengadap penguin2 nie. Terima kasih ye kak zas atas tempahan. Harap berpuas hati.

 Comel tak bila disusun dalam bekas butang?

Mana satu warna penguin yang paling menarik hati?

9 ekor anak penguin

Free gift yang tak seberapa dari saya untuk kak zas.

Friday, April 15, 2011

My first baby booties


 Ok tak percubaan pertama saya kait baby booties nie? Booties nie tak ada kepunyaan sesiapa pun. Just saya buat untuk syok sendiri je. Geram bila tengok rakan-rakan yang lain buat baby booties yang lagi comel daripada saya. Rasa jelous plak. Nak buat untuk anak sedara, tak ada tanda2 lagi nak dapat anak sedara yang baru. Nak buat untuk anak member tak ada saya dengar yang bunting. Nak buat untuk anak sendiri? Tak tahulah bilanya. Tapi tak pe jangan risau boleh simpan. Janji simpan elok2 jangan kotor. Kita layan aje gambar2 kat bawah nie ek. Opps nak link pattern booties nie? Klik dekat sini ek. Tapi pattern tue saya dah ubah le sikit-sikit. Tak ada tiru 100% dari pattern tersebut. Jangan lupa komen, hasil kaitan saya yang pertama nie.

 Pandangan sisi

Pandangan depan


Pandangan dekat mana nie? Semak saja mata memandang. Pandangan dekat bakul projek-projek kait saya yang terbengkalai. Entah bila saya nak siapkan. Ada tue tinggal nak taruk mata dengan hidung aje. Jangan tiru macam saya tau suka menangguhkan kerja. Tak elok punya perangai.

Sunday, April 10, 2011

Domo kun keychain



New amigurumi yang berjaya saya siapkan hari ini. Tak tahulah kenapa domo kun nie famous sangat di kalangan remaja. Saya buat domu kun nie pun atas saranan adik saya. Mungkin dia nak tunjuk kat kawan2 Fenzy.FM dia kot.  
Pattern dia simple sangat. Tak susah pun kalau nak follow. Setelah berjaya domo kun dalam bentuk keychain, entry yang akan datang saya akan tunjukkan domo kun dalam versi yang lain plak. Versi apa? Just wait n see. 

Wednesday, April 6, 2011

E-BOOK RE



Alhamdulillah semalam E-Book RE yang saya tempah telah selamat sampai kat tangan saya. First time order secara online nie. Nasib baik selamat sampai kalau tak terbang duit saya RM60.00. Terlupa yang post ekspress tak serah terus kat tangan kita tapi dia letak kat dalam peti surat. Almaklumlah saya duduk kat apartment, takut ada budak2 nakal yang seluk kat dlm peti surat plak.

Teruja jugak nak mencuba pattern2 yang ada kat dalam E-BOOK nie, tapi kekangan masa membuatkan keinginan saya terbantut. Kena siapkan tempahan2 yang saya dapat. Alhamdulillah rezeki yang Allah berikan pada saya.

Ok, jumpa lagi di lain masa. InsyaAllah kalau saya dah cuba pattern yang ada kat dalam E-BOOK nie, saya akna share kat dalam blog saya nie. Kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan E-BOOK RE nie, boleh dapatkan kat blog Diari Ann pada harga RM60.00.  Promosi akan berakhir pada 30 April 2011.

Tuesday, April 5, 2011

New headband


Headband kali ini berbeza dengan headband yang pernah saya hasilkan sebelum ini. 
New pattern headband n new pattern for flower.

Untuk pattern flower, saya dapatkan pattern tue kat blog Da'Knit.
Cantik sangat flower nie.Instruction untuk pattern flower nie pun senang nak follow.. So, apalagi kawan2 jom kita try pattern bunga nie...

Monday, April 4, 2011

Couple set keychain



Couple set keychain lagi.. Saya nie dah sinonim dgn amigurumi frog. Sampai ada crafter kat fb boleh kenal saya sbb froggy2 saya nie.. Dah jadi macam trendmark untuk nama 'halizda' dan amigurumi frog. Tak pe lah bukan benda buruk tapi perkara yang baik. Ok hari ini saya nak jemput semua untuk add halizda craft kat fb. Kalau ada sesiapa yang nak berhubung dengan saya menggunakan saluran fb di alu2kan. Rasanya lebih mudah dan senang.
Jumpa lagi kita next entry.. Ada beberapa projek yang masih dalam mood pending, idea (dah ada pattern), try n error dan dah siap. Bila semuanya dah siap saya akan upload kat sini dan fb saya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails