Followers

Wednesday, May 19, 2010

Berapakah value blog anda??


Assalammualaikum,

Hari  ini semasa berblogwalking saya telah terbaca kat blog Aried yang kita boleh menilai blog atau sesuatu website kita. Penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan kepada matawang bagi sesebuah negara. Contohnya ringgit Malaysia (RM) bagi negara Malaysia. Melalui bizinformation ini selain daripada value. kita juga boleh mengetahui ranking blog kita.

Website Value
RM 4,300.14
Daily Pageviews
< 10
Daily Visitors
< 10


Malaysia Rank
47,383
Number of Pages
1
External Links
-
Melalu rajah di atas di dapati bahawa nilai blog saya ialah RM4300 dan berada pada kedudukan 47383 peringkat negara Malaysia.  Adakah saya berpuas hati dengan value dan  kedudukan blog saya? Tidak ohh tidak. Nampaknya banyak lagi yang perlu saya lakukan supaya dapat meningkatkan lagi value blog saya ini. Tujuannya bukan untuk dijual atau berbangga diri tetapi sebagai pencapaian peribadi sahaja. Harap-harapnya apa yang saya impikan ini akan mencapai kejayaan. AMIN.

Tuesday, May 18, 2010

5 Perkara Yang Kita Perlu Buat Bagi Meningkatkan Bilangan Komen

Assalamualaikum,
Bertemu kita kembali untuk mereka2 yang pernah jenguk blog saya ni. Dan selamat datang kepada bloggger2 yang baru first time jenguk blog saya ni. Ok hari nie saya terjumpa blog Aried dan ingin berkongsi dengan anda2 semua bagaimana kita boleh meningkatkan bilangan komen. Antara langkah2 yang di sarankan oleh Aried ialah:

  • Buang Word Verification
  • Reply comment secepat mungkin
  •  Komen pada post rakan-rakan bloggers yang lain
  • Pastikan Tajuk post menarik
  • Akhiri post dengan persoalan atau meminta pandangan.
Saya harap sangat dengan perkongsian ilmu nie, kiranya dapat le saya meningkatkan bilangan komen untuk setiap entry yang saya terbit. Sedih tau bile entry yang diterbitkan kurang mendapat komen seolah2 terasa tiada pembaca, entry yang diterbitkan tidak mendapat sambutan atau terasa syok sendiri sebab tak ada orang tak komen. So kawan2 bolehkan tolong saya?

Sunday, May 16, 2010

DIY: Strawberry Bag

                                                        



Pernah tengok beg strawberi ni kat pasaran? Setakat hari ini saya hanya terjumpa beg strawberi ni terjual kat gerai di Carrefour Subang, Selangor. Harganya saya tak ketahui sebab saya tak tanya kepada penjual. Beg strawberi ni sesuai digunakan sebagai beg laundry dan  shopping. Ianya amat mudah untuk dibawa ke mana2 dan cantik. Jika tidak mahu menggunakan beg strawberi ni, kita just gulung2kan keseluruhan beg dan masukkan ke dalam  strawberi seperti gambar di bawah. 


     

Untuk maklumat lanjut bagaimana nak buat beg strawberi ni, boleh rujuk kat blog ikatbag. Terdapat langkah2 bergambar yang memudahkan kita memahami bagaimana nak buat beg strawberi nie. 



30 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita

Dah lama rasanya saya tak update blog saya nie. Walaupun saya selalu online cume tak ada entry baru nak saya share bersama rakan2 di luar sana.


Hari ini saya nak share tentang apa yang perlu lelaki tahu tentang wanita. Tak kiralah siapa wanita itu. Boleh jadi kekasih, isteri, ibu, ibu mertua, nenek, auntie, jiran, adik, rakan or wanita yang berada di sekeliling mereka. Saya berharap sangat entry nie sedikit sebanyak memberi input kepada kalian. Lelaki perlu tahu bahawa wanita..
  1. terlalu mementingkan penampilan sehingga kadang2  mereka tidak yakin dengan penampilan mereka. So, lelaki2 sekalian anda boleh membantu dengan memberi komen yang ikhlas. Ataupun anda berterus terang apa yang anda suka dan tak suka wanita kesayangan anda pakai. Contoh saya, tunang saya tak suka saya pakai mekap.
  2. pandai berhias bagi memenangi hati lelaki. Dengan kecantikan dan kejelitaan yang dimiliki, wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gilakannya.
  3. suka apabila lelaki pujaan hati sentiasa mengingati hari2 penting seperti hari lahir si dia, hari perkenalan, hari declare, ulangtahun perkahwinan dan hari lahir anak bagi yag dah berkahwin.
  4. suka lelaki yang berjiwa romantik 
  5. tidak sah menjadi wanita sekiranya tidak merajuk. So pandai2lah belajar untuk memujuk. HEHEHHE
  6. menjadikan airmata sebagai senjata bagi meraih simpati semasa ditimpa kesusahan ataupun meminta sesuatu yang sukar diperolehi.
  7. suka apabila si buah hati selalu memasukkan mereka ke dalam perbualan bersama rakan2.
  8. suka apabila lelaki menghargai setiap tindakan dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang dihulurkan oleh wanita.
  9. tidak suka apabila lelaki mengarahknya seperti hamba.
  10. tidak suka apabila buah hatinya keluar dengan perempuan lain walaupun dengan rakan sekerja. Kadang2 dengan adik ipar pun boleh cemburu jugak. 
  11. mudah berkecil hati. Sekiranya wanita selalu  berkecil hati, takut lama2 hatinya akan tawar.
  12. lelaki perlu tahu saiz pakaian dan kasut yang dipakai oleh pasangan dan barangan apa yang disukai oleh wanita.
  13. tidak suka apabila lelaki selalu bercakap tentang perkara yang tidak diketahui oleh mereka kerana merasakan mereka kurang berpengetahuan
  14. mengurangkan masa bercakap pada bulan Ramadhan tetapi menambah kekerapan membeli belah.
  15. kuat cemburu. Wanita menjadi cemburu kerana ingin mempertahankan harga diri dan kepentingan peribadi.
  16. kaum yang terlalu sensitif. Oleh itu kaum lelaki perlu berhati2 semasa bercakap dengan kaum wanita.
  17. sentiasa mahukan pujian terutama daripada lelaki pujaan hati.
  18. cermin adalah teman sejati wanita. Wanita membelik cermin sekurang2nya 3kali sebelum ke tempat kerja, 6kali semasa bekerja, 3kali di tandas dan 2kali semasa mahu balik kerja dengan mengambil masa lebih kurang 5 minit setiap kali. OPPs ini bukan saya.
  19. apabila bersedih, selalunya mahukan lelaki mendengar masalah dan luahan hati. Cuba jadi pendengar yang setia dan mendengar masalah wanita.
  20. lelaki perlu tahu kegemaran dan hobi kekasihnya dan makanan yang disukai. Lakukan aktiviti yang digemari bersama2. 
  21. jangan lupa untuk memberi hadiah pada setiap hari lahir dan ulangtahun perkenalan.
  22. biarkan wanita bercakap sehingga dia puas dan berhenti sendiri.
  23. sentiasa pandang wajah pasangan semasa bercakap.
  24. suka lelaki yang ringan tulang. Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan tetapi amat disukai oleh wanita.
  25. cepat berasa jemu dan bosan. Sebab itulah mengapa wanita suka keluar berjalan2.
  26. suka membaca novel dan cerpen yang berkaitan dengan percintaan.
  27. bersifat sentimental. Cinta dan kasih sayang adalah keseluruhan cita-cita dan sasaran hidup.
  28. sering memikirkan tentang kecantikan, kehodohannya, suka bercermin, berangan-angan tentang bakal suami dan suka mengawal lelaki.
  29. kadang2 suka membandingkan pasangan sendiri dengan pasangan orang lain.
  30. jangan sesekali beritahu wanita yang mereka langsung tak berguna.

Dapat award lagi


Salam,
Terima kasih le banyak2 kat Ayleen sebab bagi award ni kat saya.
Tak tahu atas kriteria apa blog saya dapat award nie.
Nampaknya saya perlu terus bekerja keras meningkatkan lagi input2 dalam blog saya nie.
Kepada rakan2 sekalian teruskan sokongan anda kepada saya dan jangan segan silu meninggalkan komen yang positif or negatif supaya saya boleh memperbaiki diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails