Followers

Monday, February 28, 2011

My first wall hanging






 Seharian suntuk menyiapkan wall hanging nie. Bukan tempahan dari sesiapa pun. Saya buat untuk dihadiahkan pada pengantin baru. Suka bagi hasil kerja tangan sendiri, walaupun tak secantik dan sekemas jahitan sifu2 RE tp saya tetap nak mencuba. Kali nie saya try buat  wall hanging lari dari kebiasaan bagi RE Frame. Saja nak try buat sesuatu yang baru. Kebetulan bahan-bahan nak buat wall hanging nie, dah lama saya beli. Cuma tak ada kesempatan nak buat aje.

Kemasan untuk bahagian tepi ( yang macam renda tue) saya menggunakan teknik crochet. Cantik jugakkan kalau dari jauh dah macam renda plak.... Banyak lagi yang perlu saya perbaiki terutama sulaman benang pada  nama. Tulisan nampak sedikit hodoh. Almaklumlah bab tulisan saya memang tak creatif dan cantik.

Monday, February 21, 2011

3 Froggy menanti untuk di pinang


Tersenyum manis ketiga-tiga katak nie tunggu di pinang... 
Agaknya2 ada sesiapa tak nak pinang amigurumi katak-katak nie?

 Green frog
SOLD

 Purple frog
Available

Pink frog
SOLD

Berminat?
Just email halizda@gmail.com

Kalau nk request warna lain pun boleh.

Sunday, February 20, 2011

Hair clip


Hari nie saya masukkan lagi barangan yang terlibat dengan sale. 
Price tetap sama RM 2 each / RM 4 pair.

Berminat   nak tempah?
Just email halizda@gmail.com
Kalau nak request warna lain  pun boleh just info dekat saya.

Thursday, February 17, 2011

My New Hp Pouch


Depan
Belakang
Hp pouch saya yang terbaru. Very simple but very2 sweet. Siap ada nama saya sekali.
Hehehehe angkat bakul sendiri.
Lepas nie nak try buat Hp pouch dari kain felt plak. 
Kalau jemu boleh saya tukar2kan selalu hp pouch saya nie.
Silap2 boleh tukar ikut mood or warna baju. Manalah tahu kalau saya terajin nak buat Hp pouch banyak2.
ALAMAK saya dah mula berangan. InsyaAllah.
Ok jumpa lagi next entry.

Wednesday, February 16, 2011

Hair Clip For Sale


Seperti di janjikan hari nie bermulanya Sale di duniahalizda. Sales bermula dari 16/2- 16/3/2011.
Barangan yang akan terlibat dengan sales, saya akan update dari hari ke hari sehingga sales tamat.
Sila rujuk di My shop.

Normal price : RM 3 each
Price after discount : RM 2 each
RM 4 pair
    

Normal price : RM 3 each
Price after discount : RM 2.50 each
RM 5 pair
Belian 30 ke atas : RM 2 each

Berminat?
Email ke halizda@gmail.com

Wednesday, February 9, 2011

200++ Follower dan Sale

Alhamdullillah blog saya dah ada 200 orang follower. Ini bermakna dah lebih 200 orang menjadi ahli kelab duniahalizda. Satu pencapaian bagi saya yang begitu membanggakan. Daripada zero tentang blog, saya sekarang sudah semakin mahir berblogging. Semuanya saya belajar sendiri melalui internet. Banyak lagi yang perlu saya pelajari bagi memantapkan lagi hasil penulisan saya. Dan saya berharap sangat dapat korek ilmu bagaimana nak buat bisnes online yang berjaya.

Bagi meraikan ulang tahun pertama blog saya, dan ahli kelab saya dah capai lebih 200 orang, saya akan menganjurkan GA dan potongan harga sehingga 35% dari barangan craft yang terpilih. Bila saya nk buat GA and sale? InsyaAllah dalam masa terdekat sebelum bulan Mac.

Gambar sumber dari google

Wednesday, February 2, 2011

Hadiah Kawin Fairuz





Alhamdulillah Sabtu yang lepas selamat berlangsung majlis kenduri kawin sepupu saya. Walaupun saya yang dulu mengikat tali pertunangan tapi sepupu saya yang kawin dulu.Itulah yang dikatakan jodoh dah sampai. Apapun saya nak ucapkan selamat pengantin baru buat Fairuz dan suami. Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat.

Hadiah untuk Fairuz saya dah rancang lama dah design dia. Cuma beberapa hari nak weeding day, baru saya kelam kabut nak buat. Bahan2 nak buat RE frame, semua ada dalam simpanan. Saya pakai apa yang ada kat rumah. Frame pun saya pakai frame yang dah lama saya beli tapi tak pakai lagi. Tapi jangan tak tahu, saya pakai benang bulu kambing (benang kait) sulam ranting. Semua gara2 saya malas nak kuar pergi kedai beli benang sulam. Kalau benang kait dan benang jahit biasa memang saya banyak.Ada macam-macam warna.  Dah macam pelangi kalau di susun ikut ton warna. Itu yang saya belasah aje guna benang kait. Cantik juga. Kalau saya tak pecah lobang saya sure semua orang tak tahu. Nak gunakan benang kait boleh tapi kena berhati2 sebab benang dia mudah pecah. Lagipun tak berapa nak lawa sebab benang tak kilat.

Design saya memang very simple. Tapi sakit jugak le tangan nak jahit reben dekat kain. Kalau ikutkan nak tambah lagi bunga2 dan daun tapi tangan dah sakit. Bila ambik gambar memang ketara banyak tempat kosong. Untuk yang akan datang kalau saya terrajin lagi nak buat RE, saya nak guna reben saiz 1'' untuk daun. Biar nampak besar dan merimbun. 

Ok sekian celoteh dari saya. Nantikan next projek saya. Saya nak buat sales discount 20%.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails