Followers

Sunday, May 23, 2010

Aku ratu longkang


Assalammualaikum,
Hari Khamis yang lepas, saya telah join pertandingan boling anjuran PERMATA Subang Jaya sempena Hari Guru dan juga Hari Ibu di Ampang Superbowls, Summit Square Subang. Saya betul- betul sangat teruja kerana ini merupakan pertama kali saya pegang bola boling dan bermain boling. Dan tak mustahil le keputusannya saya menang seagai Ratu Longkang. Walaubagaimanapun kumpulan saya tetap muncul sebagai pemenang walaupun saya mencacatkan markah ahli kumpulan saya. Walaupun kalah saya tetap mendapat hadiah berupa set mainan boling. (Ni kes nak suruh saya berlatih le ni).

          

Pertandingan ini telah disertai seramai 55 orang parents termasuk juga teacher. Dan yang paling mencuri tumpuan adalah aksi anak-anak kecil yang turut mengambil bahagian bertanding bermain boling bersama rakan-rakan mereka. Anak - anak kecil ini terdiri daripada mereka yang berumur 3-4 tahun. Lihat le aksi-aksi mereka sungguh teruja hendak bermain termasuk le parent mereka yang pegang bola takut terkena kaki. Lihat le aksi-aksi mereka sungguh mencuit hati.

 




















Setelah berhempas pulas bermain, setiap peserta telah diberikan sijil penyertaan dan hadiah setiap seorang. Disamping itu para ibu telah menerima sekuntum bunga ros dan kad ucapan sempena hari ibu yang dibuat sendiri oleh anak masing-masing. Begitu juga para guru turut menerima hadiah berupa sekuntum bunga ros dan juga hadiah daripada parents.











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails