Followers

Sunday, May 30, 2010

Cantik tak frame sulaman reben saya?

Salam,
Lama rasanya saya tak online dan post entry yang baru. Seminggu ini saya sibuk menyiapkan baju kurung tempahan kawan mak, jahit baju kurung saya dan menyiapkan sulaman reben (RE). Dalam masa seminggu banyak benda yang perlu saya siapkan. Baju kurung saya perlu siapkan sebab nak pakai masa wedding member Sabtu minggu lepas. Saya hadiahkan frame yang saya jahit menggunakan reben kepada beliau. Almaklumle member baik sanggup tak tidur malam nak siapkan. 


Mujurle bunga ros saya dah lama siapkan. So just jahitkan atas kain aje. Tapi pening kepala jugaklah sebab tak tahu nak susun atur dan nak tambah other flower untuk mencantikkan lagi jambangan bunga saya ni. Untuk framesulaman reben kali nie, saya menggunakan kain berbanding sebelum ini saya menggunakan kertas. Saja nak try nak tahu mana lebih mudah dan cepat. Bagi saya, saya lebih suka menggunakan kain sebab tak mudah koyak dan senang saya nak try and error. Almaklum le saya ni suka terus jahit berbanding nak lukis design atas kain. Kalau salah boleh terus buka. 


Sulaman reben kali ni saya sangat berpuashati berbanding dengan last sulaman reben saya yang dulu. Banyak yang saya pelajari dari sulaman reben kali ini. Betul le kata orang, semakin banyak kita membuat latihan semakin banyak kemahiran dan kesalahan yang kita akan pelajari. Seperti saya, kerana nak kejar masa saya sampai terlupa nak basuh tanda yang saya buat kat atas kain. 


Jangan tertipu tau, sebenarnya gambar ini dah saya edit. Kalau ikutkan yang asal, tak ada frame sebab saya terlupa nak tangkap gambar dengan frame. Dah kelam kabut sangat nak kejar masa sampai terlupa nak tangkap gambar akhir. Tapi tak pe le, cun jugak frame yang tak original nie. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails